Sunday, April 12, 2009

BeRiTa TeRgEmPaR...


Assalam kepada bloggers dan para pembaca blog aku...
Aku just nak ceritakan apa yang aku lalui hari ini (11 April 2009 - Sabtu)...
Jam 9.00 pagi - Aku terjaga dari tidur...tak pernah aku bangun dari tidur seawal hari nie...aku terus membersihkan diriku kerana sekejap lagi aku nak pi ke kedai gunting rambut...ibu aku selalu bisingkan rambut aku yang semakin hari makin panjang...dia kata rupaku nampak berserabai / tidak terurus...aku pun menggagahkan kaki ke kedai berkenaan...
12.00 tengahari - Aku menjamu makanan tengahari yang disediakan oleh ibuku...macam2 lauk yang tersedia di atas meja makan...dengan perut yang lapar berkeroncong mendendangkan lagu ayam (Jalil Hamid), aku pun terus merembat seketul ayam goreng dan menyuap ke dalam mulut...keenakkannya terasa sehingga ke anak tekak...mmmmmm...yummyyyy...tak dapat aku bayangkan bagaimana rasanya...hehehe...

2.00 petang - Aku dan adikku melayan movie dokumentari tentang penyelamat 11 September yang tidak diendahkan oleh Presiden Amerika Syarikat waktu tue (Bush)...bila difikirkan balik kesian plak kat mereka semua kerana kesempitan duit untuk menjalani rawatan yang terbaik...kos perubatan dan insurans yang tinggi membuatkan mereka tidak mampu untuk meneruskan sesi rawatan...so adalah sorang mamat nie (produser filem) yang berhati baik nak menolong mereka nie dengan membawa mereka melihat dan menjalani rawatan di negara jiran iaitu Cuba...punyalah hati mereka semua tersentuh kerana nak dibandingkan kos yang terlibat dan layanan 1st class yang diberikan adalah jauh lebih murah serta terbaik daripada Amerika Syarikat...rakyat diberikan layanan sama rata...tetapi Amerika Syarikat nie plak berikan layanan 1st class kepada tahanan / pengganas2 yang menyerang Amerika termasuk tahanan yang merancang (terlibat serangan meruntuhkan menara berkembar WTC) dalam 11 September...

5.00 petang - Aku menonton movie di HBO (Astro) tentang "Mission To Mars" yang memang menarik dan mendebarkan...aku suka filem sains fiksyen nie...aku menonton bersama-sama ahli keluargaku iaitu adik lelaki dan aweknya...adikku waktu sedang bersiap2 untuk ke majlis kesyukuran atas pernikahan sepupuku kali ke-2...inilah berita tergempar yang aku nak ceritakan kat korang sume...tapi maybe tak detail sangat kot sebab hal peribadi orang kan...tak elok diceritakan di sini...huhuhu...tak sempat nak habis tengok movie tue, adik aku dah ajak pi umah sepupu aku...

7.30 malam - Hujan turun rintik2 di Ampang...aku dan family ku berkejar ke umah nenek ku di Kg.Datuk Keramat untuk mengambil nenek ku dan membawanya ke rumah sepupu ku di Setapak...Sebenarnya kami semua terkejut kerana tiada angin / ribut, tiba2 kami diberitakan tentang pernikahan sepupuku ini...sebenarnya sepupu aku ni dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki...tetapi perkahwinannya yang pertama gagal dan kini dia ingin membina gerbang perkahwinannya dengan lelaki lain...juga member di tempat kerja pakcik aku...nampak sangat dunia ni terlalu kecil...tup2 orang di sekeliling kita gak yang akan menjadi sedara mara baru kita...huhuhu
9.00 malam - Aku bergerak ke umah sepupu ku...sampai jer di sana, kami dapati tiada khemah disediakan...rupa2nya kenduri di buat di dalam umahnya di tingkat satu...kami yang berasakan keadaan ruang umah yang sempit hanya menanti giliran makan di luar umah...apa nak kisah sebab kami ni pun macam tuan umah...biarkanlah orang2 surau yang membacakan doa selamat tue makan dahulu...nanti nampak sangat plak macam kami nie kebuluran...hehehe
11.30 malam - Kami pun bergerak semula ke umah nenek aku kerana nak bincang pasal aktiviti esok harinya...nenek dan makcik aku bercadang nak bersihkan rumah kosong di bahagian belakang umah...keadaan umah tersebut amat kotor dengan lendir air banjir dan najis Cik Ti (tikus2)...aku ingat nak kemas dan ambil buku2 lama aku masa aku belajar di UUM dulu...aku sayang nak buang buku2 berguna tue...paper2 lain yang dah tak pakai aku pesan kat makcik aku jualkan kepada cina yang pungut paper lama...
1.10 pagi - Aku sekeluarga tiba di rumah...letih rasanya malam nie...dan tiba2 aku rasa seronok coz pelajar favourite AF aku dapat pujian daripada pengkritik malam nie...nak tau sape dia?AKIM...aku suka suara dia yang gemersik...sorang lagi pelajar favourite aku sedap gak suaranya...caiyok!caiyok!caiyok!HAFIZ...go...go...go...harap2 diorang berdua akan pergi ke final...
2.53 pagi - Aku sedang baca luahan hati Bro Rhuddy nie...kesian gak kat dia yang tension dibebani dengan tugas kerja...sabar je lah bro...insya'allah semoga tuhan akan balas usaha ikhlas yang kita curahkan...
ok lah...kat bawah nie aku up-load gambar2 yang aku ambil hari nie iaitu sebelum dan semasa majlis kesyukuran / doa selamat diadakan...


Adam, anak sepupu aku...kami sekeluarga jaga dia seperti anak kami sendiri...

Dari kiri : Rina, Acik Yah (Pn. Mazziah), Adam, Ajoi, Julia dan Ibu (Pn.Maznah)

Aku dan sepupu / teman baik (Rini)



Aku dan sepupu / teman rapat (Nor'Ain)

Dari Kiri : Ibu, Ain, Iera, Ekin dan Acik Kursiah

Aku dan anak Ekin, Puteri Batrishah

Adios...chow chin chowww...huahhhhhhh (ngantok...)

1 comment:

  1. eeeeeee nyomel nyerrr budak tu hehh...cute aa anip hik3x......

    ReplyDelete