Tuesday, January 5, 2010

Suasana Di Malam Ambang Tahun Baru 2010!!!

Kat sini aku just nak kongsi bersama2 korang semua picture yg aku ambil semasa malam tahun baru. Berikut adalah maklumat pada malam aktiviti tersebut:-

Tarikh:31 Disember 2009
Masa :9.00 malam hingga 2.00 pagi (1 Januari 2010)
Lokasi:Kampung Datuk Keramat
Tema :Santai

Walaupun sambutan tak semeriah mana, tapi aku berbangga coz akhirnya setelH merancang hampir 3 tahun, baru tercapai nak buat barbeku malam tue sempena menyambut tahun baru...terharu aku...

Monday, January 4, 2010

Tahun Baru 2010!!!

Salam tahun baru diucapkan kepada semua pembaca blog aku nie..semoga azam Dan cita2 yg dirancang akan tercapai pd tahun ini..actuAlly aku x dapat nak Coret pjg2 kat dlm blog Pada hari Nie..coz aku tgh rushing nak balik temankan mak aku beli brg dapur..maklumlah dah awal2 bulan nie semuanya kering..tiap2 cuti hujung minggu mesti makan di luar.. Bilalah agaknya dapur tu nak berasap.. Hehehe... Anyway jUmpa lg esok..assalam..byeeeeee

Wednesday, November 25, 2009

LuSa RaYa!!!

Assalam...aku rasa macam kekok plak biler nak up-date blog aku hari nie...maklumlah dah lama beno...tak up-date...anyway sepanjang tiga hari nie bermula dari 23 hingga 25 November 2009 aku dan azizul free sikit lah...so dapatlah berbincang tentang hal di bahagian semakan dan pembayaran...bos aku pergi meeting 3 hari di Labuan, Sabah...Fuhhh...legaaa...tapi yang best part is...tiba2 bos aku menjelma di bahagian kami dalam jam 5.00 petang...dia baru balik dari Labuan lah tur...

Aku ngan azizul pun buat2 terperanjat lah...sedangkan azizul dah lama tahu yang bos aku nie dah sampai dalam tengahari tadi kat sini...hampehhh...aku jer yang tak tahu...anyway nak jadi kan cerita waktu aku sedang berbincang pasal hal semakan tiket-tiket tandas...bos plak tiba2 tanya kat kami apa yang sedang kami bincangkan...

Tapi kadang2 aku terharu gak ngan sikap bos yang turun padang tengok anak2 buah dia buat apa di opis...macam bos aku lagi satu nie plak jarang turun...dalam setahun maybe 2 kali kot sepanjang aku berada di sini...maybe itu kaedah masing2 kan???yang penting apa yang bos aku arahkan aku dapat buat dan sediakan dalam tempoh yang dikehendaki...

Nie dah nak masuk tahun baru, kami sibuk ngan Final Account...banyak gak pelarasan yang nak kena buat pada akaun...pening gak kalu tak paham...tapi insya'allah, kalu tuhan izinkan aku dapat belajar ngan cepat dari sifu aku iaitu azizul...

ok lah...aku nak gerak dah nie...harap2 aku dapat up-date lagi blog aku esok plak...takut2 nak dekat raya haji nie macam 2plak benda yang diminta bos aku tue...harap2 takdak lah...

aku akan up-date gambar2 terbaru aku ek dalam beberapa minggu yang lepas...see yaaa...daaaa...

Saturday, October 17, 2009

iPhone 3Gs!!!

Assalam...

Apa habaq semua kepada pembaca blog aku...actually aku just nak kongsi pengalaman aku tentang penggunaan iPhone 3Gs yg baru aku beli semalam (15/10/2009) di Maxis Centre,KLCC.memang best pun guna iPhone ni...yg bestnyer korang dapat melayari Internet dengan pantas dan paparannya pun menarik...

Cuma terdapat kekurangan sikit iaitu No Video Call, video kena download Dari PC Mac sendiri @ layari website iTunes...dan akhir sekali,cepat makan bateri!!! Ni masa aku Taip nie pun guna iPhone...walaupun payah sikit sebab takdak fizikal keyboard (Hanya touch screen) aku tetap mencuba...nanti lama2 biasalah...hehehe...

Oklah..dah ngantok nie...nak tido dulu.esok aku sambung lagi biler masa free...huhuhu

Wednesday, October 7, 2009

MaJLiS HaRi RaYa DBKL 2009...

Assalam semua...

Actually hari nie aku just citer pasal semalam punyer cerita...DBKL mengadakan Perhimpunan Bulanan Bersama Menteri Wilayah Persekutuan dan Majlis Hari Raya 2009...Meriah sungguh majlis tersebut...ramai gak artis yang dijemput untuk mengadakan persembahan...Dalam kesibukan mendapatkan makanan, tiba2 aku dan member aku sorang lagi iaitu Ijan terserempak dengan artis popular...mereka adalah Aizat AF dan Dina...aku pun apa lagi...mulalah ambil kesempatan yang ada mohon diorang berdua bergambar ngan aku...yang hangat nyer posing Dina waktu Dina bergambar ngan aku...nahh...tengok kat bawah nie...


Aku dan Dina...siap posing ala2 manja gituuu...huhuhu...


Aku dan Aizat AF...harap2 member kat luar sana jangan ada plak menggigit jari...hehehe

So, kepada semua member yang ada gambar2 bersama dengan artis tue...send lah kat aku...aku suka kumpulkan gambar2 member...

Ok lah...dah mengantuk nie...aku undur diri dulu...jumpa lagi esok...kamera buat hal plak...ingatkan malam nie nak up-load gamabr2 masa raya dan majlis perkahwinan abang saudara aku...kami memang rapat sejak kecil lagi...tahniah buat abang saudara aku...akhirnya dia berjaya mengakhiri zaman bujangnya...aku bila lah lagi agaknya...sudikah si dia menerima aku ini seorang insang yang serba kekurangan...???

Tuesday, September 29, 2009

ReUnIoN X-SMKPT

Assalam...

Apa citer hari raya korang sume?Aku macam biasa lah beraya di ibukota...tapi meriah gak lah...dengan suku-sakat pakat mai umah nenek aku di keramat...nasib baik lah umah nenek aku tu siap dinaiktaraf sebelum raya...so dapatlah kami semua lepak2 kat ketiga2 rumah yang ada dalam kawasan lot tue...

nanti aku tunjukkan gambar2 sebelum beraya dan semasa beraya...anyway, today aku nak berkongsi perasaan gembira aku sebab akhirnya blog x-smkpt yang aku nanti2kan telah diwujudkan oleh member lama2 gak...dapatlah aku mengikuti perkembangan member sekolah lama...dah lama tak dengar berita...tup2 dah berkahwin...dah ada pun ada...

sebenarnya member sekolah lama lah yang paling rapat ngan kita coz ada member yang aku kenal daripada sekolah rendah lagi...punyalah lama kami berkawan...cuma selepas SPM kami membawa haluan masing2...tapi dunia ni kecik kan...aku berjumpa ngan member lama seperti Rashid@acik, Iskandar, Rahmah, Ainol dan lain2...

maybe dengan adanya blog nie dapatlah aku berhubung (nak tambah connection) ngan diorang sume...ok lah...aku nak sambung kije sikit...kepada member2 lain...sudi2 lah lawat blog aku nie lepas dah dapat alamat kat blog x-smkpt tue...hehehe...rugi kalu tak baca...ahaks...

kat bawah nie gambar2 sebelum raya...gambar di sepanjang tempoh beraya nanti aku up-load...tak sempat dah nie...

Birthday Party anak sepupu aku (Ekin)...Dari kiri Atikah, Putri Batrisyah dan Aku...

Hari Keluarga Bahagian Semakan dan Pembayaran di Eagle Ranch Resort, Port Dickson...Dari Kiri Ibu, Aku, Ery dan Dayah (awek Ery)...

Di Hari Majlis Pertunangan adik perempuan aku iaitu Nashirah (Iera)...Dari Kiri Iera, Ema, Ibu, adik & kakak (anak Kak Shimah), Kak Shimah @ Noy, Iri @ Bro Rhuddy dan Aku...

Tambah Ahli Keluarga Baru...Dari kiri Ibu, Najwa & Farah (barisan hadapan @ budak comel), Iera, Along (tunang Iera) dan Aku...

Lovely sibling...Iera dan Aku...

Friday, September 18, 2009

MeNjELaNg AiDiLfItRi...

Selamat Hari Raya...
Kepada saudara serta saudari...
Setahun hanya sekali...
Merayakan hari yang mulia ini...


Korang semua mesti dah biasa dengan lirik lagu nie kan??Anyway aku just nak maklumkan kat korang maybe dalam seminggu yang akan datang aku lewat atau tidak langsung meng up-date blog aku...aku tinggal di rumah nenek aku di kampung datuk keramat...adik aku balik kampung sebelah tunang dia di pahang...so aku dan mak aku tinggal di keramat lah...kat KL jer...sedih gak...

Hari nie aku seronok sangat coz dapat SMS dari bos aku iaitu Timbalan Bendahari (Pentadbiran) dan Bendahari Bandaraya dengan ucapan hari raya...tak sangka diorang nie sporting gak...hehehe...hilang plak tension pasal kena siapkan bajet perjawatan 2010 yang sepatutnya disiapkan oleh seorang akauntan sebelum hari raya ini...tak perlu lah aku mention nama dia dalam blog nie...biarlah rahsia...at least semangat tolong - menolong sesama kawan tu masih utuh lagi...

Ok lah...bos aku bagi kebenaran balik jam 3.30 petang...aku sempat gak shopping sekejap tadi kat jalan TAR...beli barang keperluan sikit...lepas sembahyang Jumaat aku pun terus singgah di KAMDAR dan MYDIN...kelam-kabut sikit hari nie coz ada payment nak kena siapkan...berjuta-juta plak tur...

Kepada mereka yang pulang ke kampung,aku doakan semoga korang semua selamat pulang ke kampung dan selamat kembali ke KL...jangan lupa ole2...hehehe...Insya'allah kalu aku buat Open House, aku akan jemput korang semua...tengok bajet dulu lah...ahaiii...

See ya... sooonnn...chan chin chow...daaaaa