Wednesday, November 25, 2009

LuSa RaYa!!!

Assalam...aku rasa macam kekok plak biler nak up-date blog aku hari nie...maklumlah dah lama beno...tak up-date...anyway sepanjang tiga hari nie bermula dari 23 hingga 25 November 2009 aku dan azizul free sikit lah...so dapatlah berbincang tentang hal di bahagian semakan dan pembayaran...bos aku pergi meeting 3 hari di Labuan, Sabah...Fuhhh...legaaa...tapi yang best part is...tiba2 bos aku menjelma di bahagian kami dalam jam 5.00 petang...dia baru balik dari Labuan lah tur...

Aku ngan azizul pun buat2 terperanjat lah...sedangkan azizul dah lama tahu yang bos aku nie dah sampai dalam tengahari tadi kat sini...hampehhh...aku jer yang tak tahu...anyway nak jadi kan cerita waktu aku sedang berbincang pasal hal semakan tiket-tiket tandas...bos plak tiba2 tanya kat kami apa yang sedang kami bincangkan...

Tapi kadang2 aku terharu gak ngan sikap bos yang turun padang tengok anak2 buah dia buat apa di opis...macam bos aku lagi satu nie plak jarang turun...dalam setahun maybe 2 kali kot sepanjang aku berada di sini...maybe itu kaedah masing2 kan???yang penting apa yang bos aku arahkan aku dapat buat dan sediakan dalam tempoh yang dikehendaki...

Nie dah nak masuk tahun baru, kami sibuk ngan Final Account...banyak gak pelarasan yang nak kena buat pada akaun...pening gak kalu tak paham...tapi insya'allah, kalu tuhan izinkan aku dapat belajar ngan cepat dari sifu aku iaitu azizul...

ok lah...aku nak gerak dah nie...harap2 aku dapat up-date lagi blog aku esok plak...takut2 nak dekat raya haji nie macam 2plak benda yang diminta bos aku tue...harap2 takdak lah...

aku akan up-date gambar2 terbaru aku ek dalam beberapa minggu yang lepas...see yaaa...daaaa...

Saturday, October 17, 2009

iPhone 3Gs!!!

Assalam...

Apa habaq semua kepada pembaca blog aku...actually aku just nak kongsi pengalaman aku tentang penggunaan iPhone 3Gs yg baru aku beli semalam (15/10/2009) di Maxis Centre,KLCC.memang best pun guna iPhone ni...yg bestnyer korang dapat melayari Internet dengan pantas dan paparannya pun menarik...

Cuma terdapat kekurangan sikit iaitu No Video Call, video kena download Dari PC Mac sendiri @ layari website iTunes...dan akhir sekali,cepat makan bateri!!! Ni masa aku Taip nie pun guna iPhone...walaupun payah sikit sebab takdak fizikal keyboard (Hanya touch screen) aku tetap mencuba...nanti lama2 biasalah...hehehe...

Oklah..dah ngantok nie...nak tido dulu.esok aku sambung lagi biler masa free...huhuhu

Wednesday, October 7, 2009

MaJLiS HaRi RaYa DBKL 2009...

Assalam semua...

Actually hari nie aku just citer pasal semalam punyer cerita...DBKL mengadakan Perhimpunan Bulanan Bersama Menteri Wilayah Persekutuan dan Majlis Hari Raya 2009...Meriah sungguh majlis tersebut...ramai gak artis yang dijemput untuk mengadakan persembahan...Dalam kesibukan mendapatkan makanan, tiba2 aku dan member aku sorang lagi iaitu Ijan terserempak dengan artis popular...mereka adalah Aizat AF dan Dina...aku pun apa lagi...mulalah ambil kesempatan yang ada mohon diorang berdua bergambar ngan aku...yang hangat nyer posing Dina waktu Dina bergambar ngan aku...nahh...tengok kat bawah nie...


Aku dan Dina...siap posing ala2 manja gituuu...huhuhu...


Aku dan Aizat AF...harap2 member kat luar sana jangan ada plak menggigit jari...hehehe

So, kepada semua member yang ada gambar2 bersama dengan artis tue...send lah kat aku...aku suka kumpulkan gambar2 member...

Ok lah...dah mengantuk nie...aku undur diri dulu...jumpa lagi esok...kamera buat hal plak...ingatkan malam nie nak up-load gamabr2 masa raya dan majlis perkahwinan abang saudara aku...kami memang rapat sejak kecil lagi...tahniah buat abang saudara aku...akhirnya dia berjaya mengakhiri zaman bujangnya...aku bila lah lagi agaknya...sudikah si dia menerima aku ini seorang insang yang serba kekurangan...???

Tuesday, September 29, 2009

ReUnIoN X-SMKPT

Assalam...

Apa citer hari raya korang sume?Aku macam biasa lah beraya di ibukota...tapi meriah gak lah...dengan suku-sakat pakat mai umah nenek aku di keramat...nasib baik lah umah nenek aku tu siap dinaiktaraf sebelum raya...so dapatlah kami semua lepak2 kat ketiga2 rumah yang ada dalam kawasan lot tue...

nanti aku tunjukkan gambar2 sebelum beraya dan semasa beraya...anyway, today aku nak berkongsi perasaan gembira aku sebab akhirnya blog x-smkpt yang aku nanti2kan telah diwujudkan oleh member lama2 gak...dapatlah aku mengikuti perkembangan member sekolah lama...dah lama tak dengar berita...tup2 dah berkahwin...dah ada pun ada...

sebenarnya member sekolah lama lah yang paling rapat ngan kita coz ada member yang aku kenal daripada sekolah rendah lagi...punyalah lama kami berkawan...cuma selepas SPM kami membawa haluan masing2...tapi dunia ni kecik kan...aku berjumpa ngan member lama seperti Rashid@acik, Iskandar, Rahmah, Ainol dan lain2...

maybe dengan adanya blog nie dapatlah aku berhubung (nak tambah connection) ngan diorang sume...ok lah...aku nak sambung kije sikit...kepada member2 lain...sudi2 lah lawat blog aku nie lepas dah dapat alamat kat blog x-smkpt tue...hehehe...rugi kalu tak baca...ahaks...

kat bawah nie gambar2 sebelum raya...gambar di sepanjang tempoh beraya nanti aku up-load...tak sempat dah nie...

Birthday Party anak sepupu aku (Ekin)...Dari kiri Atikah, Putri Batrisyah dan Aku...

Hari Keluarga Bahagian Semakan dan Pembayaran di Eagle Ranch Resort, Port Dickson...Dari Kiri Ibu, Aku, Ery dan Dayah (awek Ery)...

Di Hari Majlis Pertunangan adik perempuan aku iaitu Nashirah (Iera)...Dari Kiri Iera, Ema, Ibu, adik & kakak (anak Kak Shimah), Kak Shimah @ Noy, Iri @ Bro Rhuddy dan Aku...

Tambah Ahli Keluarga Baru...Dari kiri Ibu, Najwa & Farah (barisan hadapan @ budak comel), Iera, Along (tunang Iera) dan Aku...

Lovely sibling...Iera dan Aku...

Friday, September 18, 2009

MeNjELaNg AiDiLfItRi...

Selamat Hari Raya...
Kepada saudara serta saudari...
Setahun hanya sekali...
Merayakan hari yang mulia ini...


Korang semua mesti dah biasa dengan lirik lagu nie kan??Anyway aku just nak maklumkan kat korang maybe dalam seminggu yang akan datang aku lewat atau tidak langsung meng up-date blog aku...aku tinggal di rumah nenek aku di kampung datuk keramat...adik aku balik kampung sebelah tunang dia di pahang...so aku dan mak aku tinggal di keramat lah...kat KL jer...sedih gak...

Hari nie aku seronok sangat coz dapat SMS dari bos aku iaitu Timbalan Bendahari (Pentadbiran) dan Bendahari Bandaraya dengan ucapan hari raya...tak sangka diorang nie sporting gak...hehehe...hilang plak tension pasal kena siapkan bajet perjawatan 2010 yang sepatutnya disiapkan oleh seorang akauntan sebelum hari raya ini...tak perlu lah aku mention nama dia dalam blog nie...biarlah rahsia...at least semangat tolong - menolong sesama kawan tu masih utuh lagi...

Ok lah...bos aku bagi kebenaran balik jam 3.30 petang...aku sempat gak shopping sekejap tadi kat jalan TAR...beli barang keperluan sikit...lepas sembahyang Jumaat aku pun terus singgah di KAMDAR dan MYDIN...kelam-kabut sikit hari nie coz ada payment nak kena siapkan...berjuta-juta plak tur...

Kepada mereka yang pulang ke kampung,aku doakan semoga korang semua selamat pulang ke kampung dan selamat kembali ke KL...jangan lupa ole2...hehehe...Insya'allah kalu aku buat Open House, aku akan jemput korang semua...tengok bajet dulu lah...ahaiii...

See ya... sooonnn...chan chin chow...daaaaa

Thursday, September 17, 2009

SeSaK Di HeNtIaN ChAn SoW LiN...Is It DiSaStEr???

Assalam...


Actually hari nie aku nak berkongsi ngan korang semua pasal pengalaman pertama aku dengan LRT PUTRA/STAR (Rapid KL)...aku rasa korang pun dah tahu kot...cuma aku nak highlight kat korang bagaimana suasana kat situ masa tren stuck...

Anyway seperti biasa aku keluar dari rumah lebih kurang dalam pukul 7.20 pagi...then aku tiba di stesen Ampang dalam jam 7.35pagi...biasalah 15 minit diperlukan untuk menunggu lif di rumah untuk turun dan tersepit dalam kesesakan jalanraya...hehehe...

Then aku pun berlari2 anak seperti orang bersai'e....nak dijadikan cerita tiba2 kedengaran satu pengumuman bahawa perjalanan tren terhenti setakat stesen Bandaraya sahaja...sesiapa yang hendak ke KL perlu menaiki tren lain di Chan Sow Lin...dalam keadaan terpinga2 aku pun buat tak kisah...sampai sahaja di stesen Chan Sow Lin, aku terkezut beruk...lebih kurang seperti gambar di bawah nie...



Nasib baik pakcik takdak sakit jantung...then aku pun bergegas lah keluar dari tren setibanya di Chan Sow Lin...masya'allah,ramai betul manusia berhimpun di situ untuk mendapatkan tren ke Bandaraya...aku pun seperti mati akal kerana first time mengalaminya...nak naik bas tak tau nombor apenyer plak...so aku pun menunggu lah seperti mereka yang berada di situ...nahhh...korang nilailah sendiri bagaimana betapa sesaknya manusia di situ pada hari tur...hanya tuhan sajer yang tahu...





Tuesday, September 15, 2009

SaGuHaTi!!!

Assalam...

Actually korang sumer mesti terpinga2 kan dan berfikir apa kaitan nya tajuk N3 aku kali ini dengan life aku...Memang ada kena mengena...dengan yang hidup sahaja...hehehe...sebenarnya kami di bahagian pembayaran nie tengah pening kepala sebab nak bayar saguhati (1/2 dahulu) kepada kepada semua staf...bayangkan lah nak semak akaun masing semuanya 10,240 akaun...nak terkeluar biji mata nie...




"Macam di dalam gambar nie lebih kurang figure yang nak disemak...adusss...fening..."

Tapi bila dah sampai ke peringkat Akauntan, aku ngan Mr.Azizul cuma verify jer...tapi kesian gak kat azizul coz bersuash-payah memikirkan cara nak set dalam sistem S.A.P

pening2...anyway, semalam dan hari nie aku busy ngan meeting...pernah tak korang hadiri meeting dari jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang tanpa henti lebih2 lagi di bulan puasa...semalam aku mengalaminya buat pertama kali...adusss...pening dan letih...capek gue dibuatnya...


"Lebih kurang beginilah aku dan azizul bertungkus-lumus demi staf...sampai ke petang menghadap komputer...cewahhh...tapi bukan pasal kad kredit lah...itu cuma gambar contoh...ahaks..."

Malam nie aku berbuka di rumah Bandar Baru Ampang...tak tau lah sama ada sempat ke tidak macam 2 minggu yang lepas...tak sabar aku menunggu ketibaan syawal...dah banyak belanja yang aku buat untuk perispaan tetapi ala2 kadar jer...

Lepas raya nie aku nak buli staf lama aku plak suruh diorang belanja aku sebab masing2 dah dapat saguhati...kalu diorang sudi ler...aku tak kisah...sajer jer bergurau ngan diorang...dah lama tak jumpa...rindu plak kan...

Ok lah...esok ada 2 batch payment EFT nak di verify...esok gak nak verify 10ribu akaun bagi bayaran saguhati tur....wahhhh....nampak gaya nyer beraya lah aku kat opis tahun nie...hehehe...huhuhu...

Chow...Chin...Chow...daaaaa...

Wednesday, September 9, 2009

PeMbAhArUaN RuMaH PuSaKa NeNeK AkU Di KamPunG DaTuK KeRaMaT...

Assalam...

Actually aku nak berkongsi cerita dengan korang semua pasal betapa happynya hati nenek aku dan aku sekali sebab akhirnya impian nenek aku tercapai untuk melihat rumahnya kelihatan baru pada Hari Raya tahun ini...sedih gak pada awalnya sebab anak2nya yang ada seramai 13 orang tak dapat membantu disebabkan masing2 ada komitmen masing2...

Keadaan rumah nenek aku dah teruk...maklumlah usia rumah tersebut sama dengan umur emak aku iaitu 52 Tahun (1957)...bayangkan betapa usangnya rumah berkenaan...lebih kurang macam gambar kat bawah nie...



Aku mendapatkan khidmat jiran aku yang berasal daripada Tanah Seberang iaitu saudara ANTO...Kos yang diambil untuk menyiapkan rumah nenek aku secantik dan sekemas sekarang tidaklah terlalu banyak jika hendak dibandingkan dengan kos bahan binaan yang makin naik / mahal sekarang...upah yang diambil oleh ANTO pulak ialah lebih rendah berbanding dengan kos upas pekerja binaan di tapak projek...aku telah diamanahkan oleh nenek aku untuk menyelia perjalanan projek...dengan menggunakan duit aku sendiri, aku telah membelanjakan hampir RM23,000.00 setakat September 2009 untuk menampung kos binaan tersebut termasuk upah...

Hasilnya rumah nenek aku dinaiktaraf sehingga ada mata yang menjeling dan bersa cembur melihat kekemasan kerja dan kecantikan rumah baru nenek aku yang bertransformasi seperti di bawah....tapi tak lah semewah gambar di bawah...hehehe....




Ok lah...harap2 lepas nie nenek aku berpuas hati dengan apa yang aku telah buat...tak kisah lah nenek aku nak bayar bila2 masa...just nak membalas jasa nenek aku yang bersusah payah membantu emak aku membesarkan aku sehingga berjaya dan menjadi manusia yang berguna sehingga ke hari ini...

Terima kasih wan...ibu...jasa kamu tidak dapat aku balas...

Thursday, August 27, 2009

HaRi Ke-EnAm BeRpUaSa...

Assalam...Sesungguhnya aku sangat bersyukur dalam menjalani puasa di bulan Ramadhan pada tahun ini kerana dugaan-Nya tidak terlalu berat...Aku bersyukur kerana cuaca di sepanjang enam hari berpuasa tidaklah sepanas hari2 sebelum ramadhan...alhamdulillah...

Hari ini aku berbuka di dalam teksi sahaja...nasib baik aku dah standby ngan air soya yang aku beli di kiosk di perhentian bas di hadapan bangunan PKNS...first time beb...sedih gak sebab tak sempat berbuka ngan family aku kat umah di Bandar Baru Ampang...hehehe...

Hari ini mak aku sediakan lauk spesel...sedap sehingga menjilat kaki...huhuhu...Ikan Cencaru Goreng Disumbat ngan isi kelapa goreng, Sayur Sawi campur daging ayam, Sambal tempe + kentang dan Air Teh Ais...yummy...aku makan sambil ditemani oleh adik pompuan aku iaitu Iera...mak aku dah makan awal2...

Maybe esok aku kena balik awal sikit coz ada jemputan dari duai / bakal suami adik pompuan aku...segan plak nak berbka di rumah orang...tapi aku dah rapat ngan keluarga sana...hehehe...

Ok lah...aku nak sambung kije sikit...esok aku akan ceritakan benda yang best sikit kalu ada...chow chin chow...

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN...

Assalam...terasa seperti setahun lamanya aku dah menjenguk ke blog aku nie...aku ingin berkongsi bersama korang semua tentang hari2 yang aku lalui seharian tetapi masa tak mengizinkan jari aku untuk mengukir coretan di dalam blog ini...alhamdulillah kerana hari ini aku berjaya juga mengemaskini blog ini...

Ok lah...untuk makluman korang, semalam aku telah meluangkan masa makan tengahari bersama teman2 dari Unit Audit Dalam...macam2 cerita yang kami borakkan...kelakar pun ada...seronok sangat kerana dah lama ak meluangkan masa seperti itu...tapi sayang kerana Iri tak dapat join coz dia ada hal...

Tak lama lagi ramadhan bakal menjengah kita semua...tahun nie harap2 godaan dan cabaran berpuasa tidak sehebat tahun2 lepas...paham2 je lah...hehehe...ok lah...jumpa lagi di lain coretan...maybe dalam bulan ramadhan pasti ada cerita2 menarik yang aku akan kongsi bersama ngan korang semua...daaa...

Saturday, July 18, 2009

ReTrEaT BaJeT??!

Entah kenapa tiba2 jari aku nie nak menaip pasal kije yang akan aku lalui bermula 19 hingga 22 Julai ini...hari ahad hingga rabu beb...letihnya...tapi apakan daya...dah arahan...lagipun orang minta tolong kat aku,so aku kena lah bantu apa yang terdaya kannn...?hehehe...retreat tu akan diadakan di Hotel Awana, Genting. hari nie plak aku bersama staf2 aku yang lain ada kat opis sedang mengemaskini dokumen ISO untuk diluluskan oleh Bendahari Bandaraya.

Nak menjwab ngan dia pun satu hal...letih gak...konsep 5W1H yang digunakan...oklah..rasanya tak perlu lah aku bercakap panjang pasal hal kije aku semua nie...yang pastinya blog aku nie dah berselawang sebab dah lama tak di selenggara...betul tak?hehehe...

Aku betul2 sibuk dari bulan lepas lagi...tak menang tangan sebab ada jer hal nak diselesaikan segera...sampai nak buka blog sekejap pun (ingatkan nak chatting kat chat box sekejap...) tak terbukak...lagi satu pasal abang rhuddy kita yang sedang merajuk membawa diri nie...dah tak berseri tanpa kehadiran dia dalam industr blog nie...cewahhh...

Dia lah orang yang bertanggungjawab membawa aku ke alam blog nie...(bersastera lah plak aku...hehehe...)kesian plak biler baca statement dia kat dalam blog...walau apa pun...harap2 abang rhuddy akan kembali mewarnai bloggers yang lain ek...?

Ok lah...nak sambung kije sikit...anything perkembangan terbaru akan aku maklumkan dalam blog nie...so, jumpa lagi...

Tuesday, June 30, 2009

ViDeO ZoNkErS!!!

Okay lah...kat sini aku nak berkongsi beberapa video yang menarik dan lawak agaknya untuk tatapan korang...hayati lahhh...

video

video

video

video

FaMiLy DaY BaHaGiAn SeMaKaN & PeMbAyArAn...






Assalam...

Apa habaq?Korang pergi ke mana hujung minggu lepas?Sory lah guys sebab dah lama tak up-date blog aku nie...aku rasa blog aku nie pun dah tak ramai lawat kan...

Aku join Family Day S&P di Eagle Ranch Resort di Port Dickson...best giler tempat nyer...banyak gak aktiviti yang boleh dilaksanakan di sana...pelbagai jenis game seperti memanah, go-cart, kenu dan lain-lain...pemandangan kat sana pun boleh tahan sebab ada macam2 jenis bentuk bangunan penginapan...

Aku menginap di bangunan jenis Baywagon...gambar2 yang aku ambil kat sana nanti aku attachkan sekali dalam catitan hari nie...sabarrr...

Tema di situ ala2 pekan koboi...ada cowboy show tapi tak jadik plak masa malam kemuncak hari tue...sepatutnya ada show koboi yang melibatkan aku dan azizul seperti dalam drama / filem...tapi pengurusan di sana mengalami masalah teknikal ngan sound effect so terpaksa dibatalkan...tapi kami dapat gantian mug (cenderahati) daripada pihak pengurusan...ok lah tur...nasib baik kami tak saman...hehehe....

Macam2 ragam staf boleh dilihat seaktu permainan diadakan...sebenarnya semangat dalam Family Day bukanlah terletak pada hadiah yang grand tetapi atas keseronokan mengenali family staf lain dalam waktu yang sama...harap2 tahun depan akan diadakan program sebegini lagi...tahniah kepada AJK badan kebajikan, sukan dan soial S&P...

So.jumpa lagi di lain entry...chow chin chowww...

Tuesday, June 9, 2009

ALHAMDULILLAH...KU PANJATKAN KESYUKURAN SETINGGI2NYA KEPADA ALLAH...AMIN...


Assalam...

Hari nie aku tak tak tahu nak ucapkan bagaimana sebab dokumen pembayaran iaitu salinan asal resit2 tol dan minyak bagi Karnival Sukan Badan2 Berkanun telah dijumpai setelah sekian lamanya aku mencari...ditakdirkan aku tergeraklah hati nak selak beg laptop di aras 2 dalam peti besi di dalam bilik aku nie...tiba2 mata ini ternampak sebuah beg berwarna hijau di mana aku perolehi beg tersebut semasa menghadiri kursus pegawai integriti DBKL....

Then aku pun mengambil beg tersebut dan tak sabar2 nak melihat apa yang terkandung di dalam isi perut beg tersebut...tiba2...mata aku terlihat 2 buah envelope bersaiz A4 dan isinya ialah dokumen tuntutan yang aku cari selama ini...wahhhh...macam novel plak...maklumlah terjumpa "harta karun"...dengan hati yang melonjak gembira, aku pun terus menghubungi Farah (siapakah gadis ini?Rahsiaaa...tunggu jawapannya di lain N3...hehehe)...then aku call faizul (staf aku yang terlibat sama dalam karnival berkenaan...dia pun susah hati pasal aku contact dia dan sms dia tanya pasal hal nie...aku cakap yang aku ada bagi kat dia untuk disemak...dia mati2 cakap takdak...

Ok lah...today is my mother birthday...malam nie maybe nak celebrate secara kecil2an...tak tau lagi kat mana...maybe kat PPR Seri Semarak (kat ngan umah Big Mama...)...hehehe...umah makcik aku lah...kat blok F...

So, jumpa lagi di lain N3...chow chin chowww!!!Daaaaaaaaaa.............



Monday, June 8, 2009

PeRcUtIaN SeLePaS ISO DBKL...

Asalam...

Actually hari nie aku letih sikit coz rakan sekerja aku iaitu Mr.Azizul dan lain2 penolong akauntan iaitu En.Khairul, Kak Lis dan Ita takdak...diorang bercuti sebab nak exam PTK minggu nie...Rabu or Khamis baru ada...dah lah pagi2 kena jawab panggilan bos pasal advance payment...then kena sediakan paperwork pasal hal tue...lepas tu aku kena semak lagi e-banker...tak habis dengan tue, aku sambung plak ngan kira2 wang baki di tangan daripada Karnival Sukan Badan2 Berkanun bulan lepas...pening kepala di buatnya...
GAMBARAN MACAM MANA BERSERABUTNYA (PENING) KEPALA AKU...

Tapi, aku kena gak hadapi semua ini dengan redha...dah ketetapan tuhan...harap2 lepas nie tuhan permudahkan perjalanan kerja aku...amin...korang mesti dah pahamkan kenapa aku letak tajuk N3 aku berbunyi begitu hari nie...

Ok lah...aku nak balik nie...mak aku dah sampai umah...macam2 dia nak order makan nanti...jumpa lagi esok di lain N3...see yaaa....

Wednesday, June 3, 2009

IsO DbKl!!!

So, apa citer hari nie?aku tak rasa nak conteng panjang2 kat blog hari nie...sebabnya kepala berserabut dengan soalan2 dan kije2 yang diarahkan oleh auditor ISO DBKL hari nie...hampir separuh hari kami diaudit dan ditanya macam2 disuruh buat itu ini...nak pecah kepala otak nie...tapi kami jawap soalan2 yang ditanya secara profesional...tak dak menggelabah sangat...just auditor dalaman...kalu dari SIRIM mahunya tergagap2...hehehe...

Cuma hampehnya bila ditanya pasal minit mesyuarat lah....minit bebas keputusan Pengurusan Tertinggi yang berkaitan dengan EFT...yang letihnya aku dan lain2 pegawai nak menjawab...filing pun kena tegur tadi...so, lepas ni aku kena bantu azizul susun filing dengan lebih teratur dan tersusun...)betul ker ayat aku nie???tengah ting-tong nie...)

Oklah...nak balik dah nie...maybe esok aku sambung N3 nie...bye...daaaaaaa

Tuesday, June 2, 2009

Assalam to all my viewers...

Today i don't have a good story to tell to all of you...anyway yesterday i abcense for one day bcoz i have a family matter to be solve at Pejabat Tanah Alor Gajah, Melaka. I went there with my grandmother and uncles (2 person). Under Section 129 Kanun Tanah Negara, the Melaka Government want to take my grandmother land into legal custody because there is a lot of complaint about her land such as full with a trees with thick foliage and spreading branches / shady, full with a dangerous insect and animals like tiger and pig and etc...

So, we went there around 8.30 a.m. By the way, on that day i take a leave. This is a family matter. As a son and the land lot named my mother, it is my responsibility to take action immediately. Then we arrive there around 11.00 a.m. My elder uncle went to the District Officer to discuss about the matter. Alhamdulillah, the officer give us an extension of time (EOT) to settle the land cleaning matter. After that, we drop by to my grandmother sister in law house...

Lotih bebenor jari nie nak menaip bahaso omputeh sambil belek2 kamus...lidah pun tergeliat nak bercakap sambil menaip...harap2 korang paham bahasa yang aku taip nie...gitu lah citernyer kisah yang berlaku semalam...alhamdulillah kerana masalah minta tangguh untuk bersihkan tanah nenek aku yang penuh dengan pokok2 anau dan binatang buas seperti babi hutan dan lain2 serangga merbahaya dah selesai...sekarang tengah memikirkan bagaimana nak cari duit untuk tampung kos tolak tanah, bajak dan pagarkan kawasan tanah yang telah dibersihkan dengan kawat duri...semuanya menelan belanja RM6,500.00

Harap2 lepas nie adalah tuhan bagi rezeki lebih sikit untuk settle kan masalah nie...aku kesian kat nenek aku yang bertungkus-lumus bayar duit cukai tanah dan tak mau jualkan tanah tue...dia harap sangat anak cucunya dirikan rumah di situ...aku pun ada gak terpikir maybe lepas nie kalu ada rezeki, aku ank bina rumah di situ...kalu tak duduk di situ, at least boleh dijadikan sebagai rumah rehat @ persinggahan keluarga...

Ok lah...kalu ada masa nanti aku attachkan sekali gambar2 untuk menunjukkan betapa semaknya tanah nenek aku tue... chow chin chowww!!!

Tuesday, May 26, 2009

SeSi PeCaH KePaLa OtAk!!!

Assalam...

Actually aku tak sempat nak up-date N3 aku kat Melaka hari tue coz kat sana takdak WIFI dan aku tak berkesempatan nak gunakan broadband yang aku pinjam dari member2 aku kat sana...sibuk sangat buat soalan exam sampai terlupa nak masuk blog...Nak dijadikan cerita punyalah pening kepala nie rasa macam nak hentak kat dinding sampai pecah berderai sebab buntu nak buat soalan...aku tengok member yang lain ok jer...yang tak tahannya lepas soalan2 kami dimurnikan...lepas tue datanglah pulak Bendahari (bos aku) nak murnikan sekali lagi soalan yang telah siap dimurnikan tue...macam dia tak percayakan Timbalan Bendahari2 dia tue...

Tapi best gak kat Melaka...tak lah bosan sangat...ada Azizul, Zaliman, Bro Rhuddy dan Wan Khairul oklah tue...otak depa sume boleh masuk ngam ngan aku...tak lah bosan sangat waktu sediakan soalan2...macam2 ragam dan lawak kering yang depa buat...yang paling tak tahan si Bro Rhuddy...boleh dia buat loghat Terengganu ajuk cakap Razlan (member W44)...pecah perut dibuatnya...

Actually ada gambar2 yang diambil oleh Razlan...nanti kalu aku dah dapat soft copy, aku up-load ke dalam blog nie ek...ok lah...aku nak balik nie...esok aku cuba masuk blog dan up-date bog aku nie...kepala tengah pening nak siapkan final akaun Karnival Sukan Badan Berkanun 2009...3 akaun nak reconcile...pergh....pecah kepala tahap maksima gua cakap sama lu...lain pemegang duit lain cara rekodnya...

See yaa....chow chin chowww....

Friday, May 22, 2009

SiApA NaK SoAlAn BoCoR???


Assalam kepada semua pembaca blog,

Mesti korang semua berfikir apa kena mengena tajuk N3 aku pada hari nie ngan aku kan???Takkan aku nak ambil exam...bila masa plak aku sambung further study (Master / Sarjana)...sebenarnya jap lagi aku akan bertolak ke Melaka sebab nak kena sediakan soalan2 exam kakitangan aku...so, terpaksa lah berkorban masa aku sehingga hari Ahad nie...

Aku kena bertolak sekarang...so lepas nie aku sambung balik ek...bye

Wednesday, May 20, 2009

nOsTaLgiA BeRsAmA GeNg BeNgKeL BPR@SPRM...







Assalam kepada semua pembaca blog aku ini...

Anyway hari nie takdak apa2 yang menarik untuk aku bercerita...pagi tadi seperti biasa ada panggilan meeting kat Jabatan Ukur Bahan pasal projek ITIS yang telah ditamatkan pada Mac 2009...so aku pun bergegas lah ke Bangunan Wawasan walaupun aku ini hanya pengganti kepada Akauntan lain...arahan tetap arahan...terpaksalah ikut...apa yang penting?KERJASAMA???bukan lah...SYMP iaitu Saya Yang Menurut Perintah!!!

Then aku ambil shuttle sehingga ke HQ...setibanya di HQ aku dimaklumkan plak yang Bro Rhuddy tak hadir hari nie coz migrain...alamak...alamak...migrain dia datang lagi...nie mesti disebabkan penangan mock-up ISO atau pun Nasi Ayam Chee Meng...huhuhu...aku dah baca N3 Bro Rhuddy pasal nasi ayam tue...betul ker?masa aku pi ok jer...sedap hingga menjilat pinggan...

Takpelah...kita abaikan dulu kes di atas...actually aku nak attachkan gambar2 masa aku join bengkel BPR dulu...aku hanya sempat ambil yang diadakan tahun lepas jer...itupun dengan beberapa jabatan...gambar awal masa mula2 join bengkel dengan JKA, Yusran tak jumpa plak..xpe lah...takdak rezeki kot...harap2 jangan ada yang menggigit kuku atau menjerit histeria bila tatap gambar2 tue...

Tuesday, May 19, 2009

ReTrEaT MPK dan fAiL MeJa (FM)...

Assalam...

Sebenarnya nak dijadikan cerita, pagi tadi jam 9.30 aku terus bergegas ke Jabatan Seni Taman sebab ada meeting pasal Star Rate / VO...lepas habis meeting, aku terus singgah ke tingkat 17, Bahagian Latihan dan Kompetensi...sajer mulut nie menggatal minta gambar2 yang diambil oleh JPSM sepanjang aku terlibat dengan kursus yang depa adakan...nasib baik kak serati dan yusran ader...so aku yang sentiasa bersedia dengan pendrive pun terus minta tolong pada mereka untuk copy ke dalam pendrive aku...
Telling the truth, banyak sangat gambar kat dalam PC diorang tapi aku ambil mana yang dan jer...so kat sini aku masukkan sedikit gambar2 yang mengusik jiwa dan melayan ingatan zaman2 kegemilangan UAD...cewahhh...cakap aku nie memang pandai....so, layannn...chow chin chowww...



RETREAT MPK & FM DI GENTING VIEW





Monday, May 18, 2009

SeJaRaH HiTaM PeRtAmA Di SeMaKaN...

Assalam...

Actually mesti korang terkezut dan terpinga2 sesama korang...apkebendanya tajuk N3 aku hari nie ngan kisah hidup aku...nak pendekkan cerita...pagi tadi jam 9.30 aku terus ke tingkat 24 sebab ada meeting pasal akaun pembayaran ngan Mr.Seik...so, dalam menunggu meeting tue sedang aku syiookk duduk...tiba2...aku terdengar bunyi sesuatu yang pelik...aku pada mulanya buat tak tau jer...makin lama bunyi tue kerap berlaku...so, aku pun meraba2 belakang seluar aku...Ya Allah!!!apa yang berlaku nie...

Rupa2nya seluar aku koyak dari bahagian tengah bawah sehingga atas belakang...dengan perasaan malunya aku pun buat derk...jer...aku tunggu sampai meeting habis then terus dapatkan lif untuk bergegas ke kedai tukang jahit peribadi aku iaitu MAROZ...dalam perjalanan aku terus keluarkan baju kemeja dari tuck-in...aku terus berlari anak ke kedai jahit tue...setibanya di sana aku terus bertanya pada tukang jahit peribadi aku iaitu abang Nasir...nasib b aik dia ada...so, aku pun terus menanggalkan seluar aku yang terkoyak tue then menunggu di dalam bilik persalinan (fitting room)...dalam 20 minit lepas tue dia bagi seluar yang telah dijahit semula...dia pun hairan macam mana seluar aku boleh terkoyak...

Dia kata jahitan seluar aku tue dah "menetas"...sebab tue lah ia terkoyak...so aku pun ingat nak hulur bayaran tapi dia kata tak payah bayar...FOC...alhamdulillah....dah rezeki kot...ada hikmahnya...begitulah ceritanya...sehingga aku tak hadir ke majlis perjumpaan Datuk Bandar bersama Pegawai Integriti DBKL...acara mula jam 11.30 pagi...aku habis meeting jam 12.00 tengahri...jahit seluar habis jam 12.45 tengahari...tak sempat beb...So, kesimpulannya pastikan jahitan seluar anda kukuh apabila badan anda dah mula menaik...hehehehe....

Ok lah...aku nak balik nie...jumpa lagi di hari esok dalam N3 yang lebih menarik...aku nak bercerita pasal aku dan family aku pi KLCC tonton movie "Star Trek"...syioookkkkk....

Chow Chin Chowww....

Friday, May 15, 2009

MuLuT CeLuPaR SaNgAt...


Assalam...

Actually aku terasa gak bila banyak sangat mulut2 puaka nie cakap yang bukan2 pasal kepimpinan member baik aku si Bro Rhuddy pasal Family Day UAD 2009 di PD tempoh hari...aku kesian kat depa semua (termasuk AJK BKSS UAD) tahun nie...mereka dah cuba buat yang terbaik tetapi still kena kutuk dan cacian dengan staf yang lain...apa lagi yang tak memuaskan hati diorang aku pun tahu...dulu masa aku terajui BKSS pun ada gak suara2 sumbang @ mulut2 puaka yang bercakap macam2 dan tak puas hati...lantaklah...ada aku kisah (pinjam trademark azwanali lagi...hehehe...)

Kepada AJK BKSS UAD sekarang, banyakkan bersabar dan jangan mudah berputus asa...actually program yang korang rancang tue memang bagus...cuma masa yang tak kena dan perkara yang berlaku tue di luar kawalan korang pada masa tue berlaku (perkara yang berlaku di PD)...aku ada lah dengar macam2...tapi aku tak nak compare kan Family Day yang aku conduct dengan yang sekarang...lebih kurang jer kot...pandangan masing2...

Maybe better kalu mulut2 puaka nie dilantik sebagai AJK dan biarkan mereka nie merasa macam mana AJK sebelum ini rasa...pada hal semua event yang dibuat adalah untuk staf bersama...mengeratkan lagi silaturrahim...itulah tujuan penubuhan BKSS (tak rasmi)...nie macam2 nak berkira...aku masih ingat lagi cakap Bro Rhuddy..."Selagi kita dilantik dan diberi kepercayaan sebagai AJK BKSS...kita cuba lakukan yang termampu serta terbaik...Tak perlu nak harapkan balasan...anggap apa yang kita buat nie untuk kebaikan staf bersama..."

Sedih sangat biler aku dah keluar dari UAD nie macam2 perkara berlaku dan ada staf yang berpuak2 plak...ok lah...aku nak keluar dari opis nie...staf aku yang lain dah bersiap2 kemas barang nak cabut...seram gak sorang2 kat bawah nie...jumpa lagi di lain N3...chow chin chowww...daaa....

Tuesday, May 12, 2009

PeNgAjArAn BuAt DiRiKu...

Assalam...
Sebenarnya aku nak minta maaf banyak2 kat pembaca blog aku nie sebab aku dah lama tak up-date...nampak gayanya aku kena bersihkan sesawang yang menebal dalam blog aku nie...hehehehe...gurau jer...

Anyway, aku baru jer balik dari Pulau Langkawi (Pulau Mutiara Kedah)...baru ker?aku sampai di KL pada 5 Mei 2009 tepat jam 12 tengah malam...sampai jer di HQ, aku terus menahan teksi yang berlalu...nasib baik ada lah satu teksi nie nak berhenti dan ambil aku...tapi harga tambangnya pun boleh tahan lah...korang cuba teka harga tiket tue...cuma RM20.00 sahaja...nak tak nak aku terpaksa sebab aku tiada pengangkutan nak sampai ke rumah aku...

Setibanya di rumah, ibuku menyambut kepulanganku dengan wajah yang ceria (bahasa berbunga macam novel plak...wakakaka)...cewahhh...macam balik di Hari Raya plak rasanya...then aku pun serahkan semua barang2 yang aku beli di Langkawi kepada ibuku...pagi esoknya (masih lagi 5 Mei 2009), aku bangun dari tido pada pukul 9.30 pagi...letih rasanya badan nie coz tak dapat lelapkan mata di sepanjang perjalanan dalam van LDV gedabak tue...
Pinggang masih rasa lenguh dan sakit2 sebab terhentak waktu naik kereta kancil yang dibawa dengan "SELAMAT" oleh si mamat JTMK / IT tue...korang mesti dah tau kan...?kalu tak tau sila rujuk N3 aku yang lepas2...then aku seperti biasa menghabiskan masa terluang di rumah ngan ibuku menonton DVD movie...

Korang mesti rasa pelik kan???Apa kaitan tajuk N3 aku di atas dengan citer pengalaman aku dari Langkawi...sebenarnya aku malas nak cerita dalam N3 nie...hanya Bro Rhuddy sahaja yang tahu apa yang terjadi semasa meeting ngan Datuk TKP (Pentadbiran) petang semalam dalam Mesyuarat Pengurusan Aset Jabatan...malu aku dibuatnya...orang lain punyer hal tapi aku yang kena tempiasnya...namun aku akui yang perkara ini adalah kesalahan aku juga sebab tidak bersedia sebelum masuk ke mesyuarat...perkara basic pun aku tak boleh jawab...nak juga harapkan si Minah Blonde tue...lagilah naik pungkok dia...hehehehe...

Ok lah...aku akan ambil pengalaman ini sebagai satu peringatan kepada diri aku...aku pun dah biasa kena marah ngan bos2 besar nie...kata orang "alah bisa, tegal biasa"...betul ker perumpamaan aku nie?kalu tersilap harap2 ual boleh betulkan...

Rasanya kat sini ajer kot...aku ada sikit kije lagi yang perlu dibereskan...aku masukkan sekali gambar2 aku di Pantai Chenang.Pulau Langkawi semasa menyaksikan perlawanan Bola Tampar (Lelaki) dan (Wanita) serta pada malam Victory Dinner di Restoran Kampung Siam bersama2 member2 aku...semoga ual puas hati...c ya...chow chin chowww.....


Di Pantai Chenang, Pulau Langkawi










Victory Dinner di Restoran Kampung Siam






Thursday, April 30, 2009

SaMbUnGaN N3 kuuu...


Assalam...

30 April 2009 - 10.36 malam

Hari nie dengan selambanya aku bangun dari tidur selewat jam 9.00 pagi...letih beb...sebab malam sebelumnya aku tidur lewat...dalam masa yang sama aku punya handphone nokia satu nie dah kehabisan bateri...waaaa....menanah aku nak bangun pagi awal2...

Aku terus mencapai tuala dan berlari ke bilik air serta terus mandi...then aku pun menyarung baju (t-shirt) dan seluar jeans aku tue...sebenarnya aku ada rancangan nak melancong sekitar Pulau Langkawi...destinasinya dah ada tapi tak tahu plak sama ada masa cukup atau tidak...

Nak dijadikan cerita, hari nie aku telah ditugaskan untuk membantu sekretariat di bilik sekretariat hari nie...aku kena bertugas dari jam 4.00 petang sehingga 12 tengah malam...letihnya...hari nie keluar jalan2 dan sebelah petang hingga malam plak kena bertugas...adusss...lepas tue aku, Faizul, Diana dan Hariz bergegas naik kancil jer...ke destinasi pertama...

Destinasi Pertama - Cable Car di Gunung Mat Chincang

Tiba jer di situ kami terus membeli tiket nak naik cable car...hanya RM15 untuk warganegara Malaysia...hati nie tiba2 terasa macam berdebar-debar walaupun aku dah biasa naik cable car di Genting Highland...Jejak jer kaki di dalam cable car, aku terus duduk dan memegang apa yang ada untuk dipaut (bukan sebab takut terjatuh tapi aku gayat sikit...hehehe...)

Aku bersama ngan staf aku iaitu Faizul...dia sebenarnya pertama kali datang ke Pulau Langkawi dan first time gak naik cable car...sampai jer di puncak (Menuju Puncak!Gemilang Cahaya...) ala2 lagu Akademi Fantasia...wakakaka...kami terus berjalan kaki ke arah jambatan tergantung yang terkenal tue...bergambar sakan lah kami ngan handphone nokia Faizul nie...aku tak bawa gambar coz aku serahkan pada adik aku, Shira...dia nak guna untuk rakam majlis perkahwinan sepupu aku iaitu Amin dan Ina (isteri)...

Harap2 gambar tue Faizul dapat transfer kan dari handphone dia ke handphone aku melalui bluetooth...Insya'allah kalu ada aku up-load dalam N3 nie...

Destinasi Kedua - Beras Terbakar Di Padang Matsirat

Destinasi seterusnya kami bertolak ke tempat Beras Terbakar di Padang Matsirat...kat sana aku tak banyak shopping pun...just beli tuala besar yang cukup2 nak tutup aurat masa nak pi mandi...hehehe...member aku yang lain shopping sakan...Faizul plak sibuk nak cari beg duit untuk adik pompuan dia...tapi tak dak yang berkenan di hati...

Destinasi Ketiga - Kota Makam Mahsuri

Yang nie part yang paling kelakar...wakakkaka...belum citer dah ketawa terbahak2...sebebanrnya kami just singgah di luar jer...kami tak masuk pun ke dalam kawasan makam tue...jenguk dari luar jer...harga tiket punya pasal kami tak jadi masuk...nak tau berapa harganya?cuma RM5.00 jer...(kelakar tak?wakakaka...) sebenarnya kami kejar masa dan member2 lain plak tak berminat nak masuk lepas dengar apa benda yang menarik tentang Makam Mahsuri, terus diorang tak jadi masuk dalam...hehehe...lepas tu kami terus ke bergegas ke destinasi seterusnya...

Destinasi Keempat - Pekan Kuah

Lastly, kami ber shopping sakan di Pekan Kuah...kat situ kami singgah ke Idaman Suri dahulu untuk mencari barang2 perkakasan dapur...si Faizul beli set2 sudu dan lain2...lepas tu kami pi ke kedai Ram's sebab Diana nak cari set sudu garfu...kat situ pun murah gak...di samping tue diana gak beli rokok untuk bapanya (hadiah buat penanggah2 masa perkahwinan adik Diana)...

Then, aku dapat panggilan dari Ketua Sekretariat yang minta aku balik segera ke tempat penginapan sebab dia nak bagi cash kat aku...aku kena balance kan semula bajet akaun doktor lepas terima duit tue...lepas tue aku terus baring sekejap kat dalam bilik aku...rehat2 kan badan sebelum memulakan tugas dari jam 4.00 petang hingga 12 malam...nak prepare untuk malam nie lagi sebab malam nie ada meeting pengurus2 pasukan...tiap2 malam jam 9.30 ada meeting...letih woiiiii.........adusss.....

ok lah...esok aku sambung lagi...letih badan nie..pinggang sakit balik...nie disebabkan oleh pemandu aku (si Hariz...sorry ek?hehehehe...) yang drive laju sangat sampai langgar bumper...melompat2 kami dalam kerata kancil yang stabil sangat tue...

Chow Chin Chowww!!!

Wednesday, April 29, 2009

JuMpA LaGi...

Assalam...

29 April 2009 - 3.24 petang

Aku bangun awal pagi pada jam 7.30 pagi...sebab awal2 pagi lagi aku dah dapat sms dari Bendahari Kontigen iaitu Dr.Hayati...dia kena bergegas ke KL kerana Father In Law dia sakit tenat...kesian gak kat dia sebab dia terlari-lari nak sediakan akaun karnival dan bapa mertuanya tue...

Kemudiannya aku bersarapan dengan Faizul di dewan makan...menunya boleh tahan lah...lagi sedapa nasi goreng mak aku masak kat umah...rindu sangat kat mak aku...waaaaaa.....then aku hadiri meeting sekretariat sebelum ada perbincangan dengan TKP, En.Zul...banyak benda pasal kewangan nak dibincangkan dengan En.Zul...

Malam nie ada dinner anjuran LADA...bos aku iaitu Bendahari Bandaraya pun dijemput hadir sama...tak tau lah apa akan jadi kalu kami duduk semeja...dengar cerita dari member-member kat sini yang pernah hadiri dinner tue katanya AMAT MEMBOSANKAN sebab bila duduk semja tak tau nak beborak apa dan protokol plak tue...tak puassss makan....

Aku nak mandi dan berehat nie...hari nie giliran aku bertugas di bilik sekretariat dari jam 7.00 pagi hingga 4.00 petang...jam 7.30 malam plak nak bersiap2 ke dinner...so, jumpa lagi di N3 esok hari...chow chin chowww....Ada aku kisah???

Tuesday, April 28, 2009

DiArI TeRlAmPaU SeOrAnG AkAuNtAn Di LaNgKaWi...

Assalam..

Kat sini aku nak berkongsi ngan korang semua aktiviti aku sepanjang aku berada di Langkawi dari 25 April sehingga 5 April 2009...

25 April 2009 (Sabtu)- 9.30 malam

Aku berkumpul di depan bangunan HQ DBKL, Jalan Raja Laut sebelum bertolak ke Langkawi...banyak sungguh atlit datang dan kenderaan yang parking di tepi jalan....seronok gak bla berkonvoi ramai2...kemudian aku berjumpa dengan pembantu aku, Encik Faizul dan Hariz (IT Department)...kami menunggu ketibaan kenderaan urusetia...sehingga jam lebih kurang 10.30 malam kami pun bertolak ke Langkawi...kami singgah berehat di R&R Sg.Perak dan Gurun...tiba di Jeti Kuala Perlis lebih kurang jam 4.30 pagi...

26 April 2009 (Ahad)- 4.30 pagi

Kami menunggu feri berlepas ke Pulau Langkawi sehingga jam 9.00 pagi...keletihan dalam perjalanan hanya tuhan saje yang tahu...tapi semangat berpasukan kontigen-kontigen kita di sana menjadikan diri semakin bersemangat...hehehe...mainnya tak...semangat jer yang lebih...beri support pada kontigen...harap2 kami juara...doa2kan ek...kami tiba di Jeti Pulau Langkawi tepat jam 10.00 pagi...setibanya di jeti, kami dijemput dengan 4 buah bas...besar gak kontigen DBKL nie...bajet besar lah katakan...huhuhu...kami sampai di Sandy Beach Resort (tempat penginapan kontigen DBKL) lebih kurang 10.30 pagi tetapi kami dimaklumkan team dari pejabat Menteri Besar Perak yang sedang berkurusus sejak minggu lepas telah menangguhkan tempoh menginap mereka selama satu hari...so urusetia penginapan kelam-kabut buat arrangement semula untuk atlit...kami yang terdiri daripada pegawai terpaksa menunggu bilik untuk di check in sehingga jam 3.00 petang...letih badan ooiiiii.....

Kemudiannya lebih kurang 6.00 petang, kami berjalan2 di tepi pantai...sambil melihat matahari terbenam...cantiknyer...rugi wooo sape yang tak dapat ikut...then sebelah malamnya acara bebas...so aku, faizul dan hariz pi makan kat satu tempat yang istimewa...restoran tepi sawah...cantik jugak dan nyaman suasana di situ...orang tak ramai...order pun sampai cepat...(perut dah lapar woooo...)hehehehe.....

Tepat jam 12.30 malam aku pun masuk bilik dan apa lagi...lelapkan mata coz kerja bermula esoknya...

27 April 2009 - 8.00 pagi

Awal2 pagi lagi aku bergegas ke bilik sekretariat...aku siap2kan format akuan sumpah / akujanji untuk advance, agihan elaun2 atlit dan penyata perbelanjaan (kemaskini figure)...letih gak sebab letih semalam belum habis lagi...tapi petangnya keletihan aku dapat dikurangkan selepas berjalan2 menghirup udara yang segar di tepi Pantai
Chenang...ramai gak pelancong yang seksi2 berjemur dan bermandi-manda di situ...hehehe...

Sebelah malamnya plak aku ada meeting bersama pengurus-pengurus pasukan..part aku tak banayak cuma kena ingatkan semua pengurus untuk pulangkan semua penyata borang agihan elaun atlit2...dan juga pengesahan kehadiran latihan...meeting habis lebih kurang jam 12.00 malam...letih lagiii...lepas tue balik ke bilik sekretariat untuk kemas barang2 dan beborak plak ngan ahli2 urusetia (sekretariat)...lebih kurang jam 12.30 malam aku masuk bilik dan tidoooo...

28 April 2009 - 7.00 pagi

Awal2 pagi sekali lagi bangun dan bersiap2 untuk bersarapan sebelum memulakan kerja...sarapan yang disediakan oleh pihak hotel amat mengecewakan...aku tak lalu nak makan kueh teow goreng yang disediakan...aku hanya menjamu roti bersapu dengan strawberry dan air kopi jer...kemudian aku ngan Dr.Hayati (Bendahari Kontigen) memulakan kerja...kami kemaskini sekali lagi akaun yang diuruskan oleh beliau, Kelab Sukan dan Pengurus Kawasan yang mengeluarkan statement 18SX...oppsss....

Aku, Faizul dan Hariz serta Diana (kawan baru) pi makan tengah hari di kedai ala2 kampung masakannya...sedap sekali sambal belacannya...maybe guna lesong batu yang Bro Rhuddy selalu masukkan dalam entry blog dia...wakakakaka...anyway lepas tue aku ngan Bendahari pi keluarkan baki duit yang dipegang oleh beliau sebabnya esoknya beliau akan bergegas pulang ke KL sebab father in-law beliau dalam keadaan nazak...kesian gak kat Dr. tapi nak buat macam mana kan...dah takdir...

Anyway aku bernasib baik coz kebanyakkan kerja akaun Dr. banyak ajar aku sebab sebelum ini aku tak pernah uruskan bajet lebih kurang RM500,000.00...banyak gak perubahan yang aku dan Dr. buat dalam pengurusan kewangan Kelab Sukan...sebab sebelum ini pernah ada kes...korang semua maybe tahu...aku tak nak citer coz aku tak terlibat dan aku tak tahu kisah sebenar...nanti takut jadi fitnah plak...

ok lah...sekarang nie aku letih...nak sambung rehat kejap...malam nie ada Lintasan Hormat Kontigen...nak pi support tak bawa pakaian plak...harap2 kontigen kita menang dalam lintasan tue...lepas lintasan ada meeting pengurus2 sukan lagi...ahhhhh....

Jumpa lagi di lain N3...chow chin chowwww.....

Saturday, April 25, 2009

PuNdEk AyAm...?

Assalam...

Anyway bila korang baca tajuk entry nie diharapkan ual semua jangan cepat terasa dan emosi plak...aku bukannya maki korang tapi itulah perkataan yang keluar dari mulut seorang Ketua Pengurus Kawasan Pejabat Cawangan yang aku rasa semua kenal atas sifat fizikalnya yang tidak berapa tinggi tue...perkataan "tinggi" itu juga menggambarkan dirinya...hehehe...

Dalam letih2 aku uruskan akaun Karnival Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia (DBKL), tiba2 macam2 perkataan yag keluar dari mulut dia...macam2 dia menyumpah seranah orang berkaitan sebab dia tak puas hati kena teguran dan dikawal sebab nak pegang duit bajet karnival hampir keseluruhannya...aku tak terkejut sebab dah biasa...orang yang berpangkat lebih tinggi dari kita...paham2 je lah...mmmmm...

So, semalam hampir sehari aku di Kelab Sukan sibuk menguruskan pengagihan elaun latihan dan makanan para peserta...pening kepala dibuatnya kerana melibatkan amaun yang besar...nasib baik ada Dr. dan pembantu aku 2 orang (En.Faizul dan Cik Farah)...senang sikit kije aku...lepas jam 8.00 malam, aku bergegas ke opis semula nak siapkan semakan baucer bayaran sebelum verify EFT...2 batch dengan 200 lebih transaksi banyaknya...aduss...letih badannya dibuatnya...tapi dah tugas...nak buat macam mana...macam Bro Rhuddy pesan kat aku, "Anip, kita bekerja nie kena ikhlas dan bertanggungjawab. Gaji yang dibayar mesti dibalas engan komitmen kerja yang penuh...mana2 kerja yang diberikan perlu dilaksanakan selagi mampu..."...lebih kurang macam tu lah...

Aku tak nak bebankan member sekerja aku di situ iaitu Mr.A sebab dia pun dah banyak bantu aku....takkan aku nak bebankan dia lagi sepertimana member sekerja dia sebelum ini yang telah banyak membebankan diri dia...wahhh...pandai sungguh aku bermadah2 di sini...macamlah aku nie bagus sangat...wakakakak...

Ok lah...aku akan bertolak ke Langkawi di sebelah malam...doakan aku selamat pergi dan balik ke KL...kalu ada sesiapa nak kirim coklat, just sms aku dan kalu2 duit dalam bank aku tak cukup,korang pandai2 lah bank-in ke dalam akaun bank aku ek...?hehehehe....

sampai bertemu lagi di lain N3...adios...chow chin chowww!!!

Monday, April 20, 2009

TeNsIoN + BeNgAnG DaY...!!!

Hari nie aku tak dak mood nak up-date entry blog nie...bukan apa...just rasa macam malas plak...hehehe...hari nie tak pasal2 aku kena menghadap bos aku sebab nak terangkan bajet Karnival Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia 2009 yang bakal aku ikuti di Langkawi,Kedah bermula 25 April hingga 5 Mei 2009 nie...orang kat opis sibuk ngan kije dan memikirkan coding untuk sistem kewangan baru (e-PBT)...aku plak bekerja (maybe ada masa free cikit untuk merewang2 kot...?) sambil bercuti di sanaa...sanaaa...sanaaaa.....

Alhamdulillah, hal bajet untuk karnival tue dah settle. walaupun macam2 lah aku kena tegur ngan bos...aku tak kisah sebab masih ingat lagi pesanan bos lama aku masa di UAD..."Anip, setiap kemarahan / teguran yang dilemparkan oleh seorang ketua dalam keadaan marah itu bukannya bertujuan untuk memarahi awak tetapi adalah untuk mengajar awak...anggap ia sebagai satu pengajaran..." Masalahnya bos aku bukannya marah kat aku, tapi marah kat orang lain,,,cuma aku kenalah sikit semburannya...huhuhu...kelakarlah plak...

Sekarang nie aku dan Bendahari Kontigen kena atur strategi macam mana nak kawal peruntukan tue walaupun masuk / disalurkan ke akaun Kelab Sukan DBKL...Aku kena lebih tegas dalam mengesahkan perbelanjaan diorang di sana nanti...

Anyway, hari nie aku terima email dari bekas staf UAD aku yang telah bersara...panjang lebar email diahantar kat aku tue...macam2 yang diceritakan di dalam email tersebut...aktivivtinya dari jam bermula 7.30 pagi sehingga 10.30 malam...seronok gak bila tau berita dari dia...aku anggap dia macam mak aku...tapi aku biasa panggil dia Kak Rosni...

Ok lah...aku nak tidur nie...jam menunjukkan pukul 11.25 malam...awal plak aku masuk tido...ngantok sangatttt....huwahhhhh.....(tutup mulut yang mula menguap)...hehehe...

c ual next entry...chow chin chowww..."Ada aku kisah???"(ala2 trade Azwana @ Azwan Ali)....wakakakakaka....

Sunday, April 19, 2009

ReNuNgKaNLaH...

BANGUN SOLAT SUBUH:

Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

MAKAN:

Manusia - Nak makan, laparlah ??

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...

Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

PAKAIAN:

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

PUNCH KAD:

Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

AZAN:

Manusia - Azan sudah kedengaran... .

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

MELIHAT:

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

TEGUR:

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..

Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

SAMPAIKAN NASIHAT:

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

TAUBAT:

Manusia - aku telah berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)

SERONOK:

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

KeHeBaTaN MaKhLuK tUhAn BeRnAmA...


Selamat pagi...!!!


Pernah korang terfikir pasal kehebatan dan keistimewaan yang diberikan oleh tuhan kepada diri kita...?dan semua ini tanpa kita sedari dan tidak pernah pun terlintas di kepala kotak fikiran korang...semasa aku sedang melayari mesej dan buletin yang dihantar ke laman blog aku yang satu lagi nie (Tagged)...tiba2 aku terbaca satu mesej yang dikirimkam oleh bekas staf aku di UAD...so korang bacalah dan nilai sendiri...sama ada betul atau tidak itu terpulang kepada pendapat masing2...


Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Friday, April 17, 2009

cHaLk CrEaTiVe...So iNtEreStiNg...

Korang mesti tak percaya dan kagum bila tengok gambar2 yang dilukis oleh orang2 seni dengan hanya menggunakan kapur tulis berwarna...hebat tue...nampak macam real!!!Wahhhh!!!