Monday, March 16, 2009

CABARAN DI TEMPAT KERJA BARU...


Actually cabaran kat tempat kerja baru sepanjang aku bekerja selama 7 hari (seminggu) semenjak 6 Mac 2009 ini adalah begitu besar dan berat tanggungjawab yang harus aku pikul serta laksanakan। Aku perlu lebih berhati-hati dan sentiasa cermat dan berpengetahuan dengan kerja yang aku laksanakan. Aku perlu bersedia dengan Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.


Anyway, bosan plak bila bercerita pasal kerja aku kan?Aku rindu sangat kat member - member @ staf UAD kat atas tue...maybe rindu itu akan terubat bila UAD akan mengadakan Hari Keluarga 2009, Bowling For Fun/Win dan lain2 acara yang aku boleh join...Aku tak sempat nak ucap terima kasih kepada bos aku iaitu Pn.Rose yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan member aku iaitu Bro Rhuddy (bukan nama sebenar) yang juga banyak membimbing dan melatih aku sehingga berjaya ke hari ini...jasa mereka aku takkan lupakan...begitu juga dengan Penolong Akauntan Kanan aku iaitu Mr.R (juga bukan nama sebenar), staf pentadbiran UAD dan kakitangan yang lain...mana yang aku tak mention di sini aku minta maaf banyak2...

Gambar di atas (aku duduk dari kiri sekali), diambil masa meraikan majlis persaraan bos lama aku iaitu Pak Sahak (bukan nama sebenar) dan pemandu aku iaitu
En.Ravi@Awie...waktu tue memang sedih giler sebab aku baru jer masuk UAD pada 1 Disember 2005 dan bos aku plak belum sempat mencurahkan ilmunya pada aku...tup..tup..tup...lepas beliau bersara 2 tahun kemudiannya...aku plak ditukarkan ke tempat kerja lama beliau iaitu di Bahagian Semakan dan Pembayaran...


Yang nie plak kakak aku di UAD...namanya Kak Noi (bukan nama sebenar)...dia banyak ajar aku pasal hal2 pentadbiran selain daripada sifu aku iaitu Bro Rhuddy...Kak Noi memang seorang yang happy go lucky...yang paling menarik ialah kepala otak dia memang giler2 macam aku dan Bro Rhuddy...kami ni sehati dan sejiwa...(ye ker...?hehehe... ;-p)
Tak tahu lah apa citer Kak Noi yang baru balik dari Bandung dan Jakarta...agak2 akak ingat tak kita kat sini?harap2 ada buah tangan dari sana...hehehe...gurau jer...

Oklah...rasanya kat sini aje lah coretan aku hari nie...perut rasa meragam plak nie...sarapan yang disediakan untuk jemputan Perhimpunan Bulanan DBKL Bersama Datuk Bandar pagi nie pun aku tak selera nak ambil coz perut nie lah...harap2 esok ok sebab ada meeting ngan Jabatan Perolehan pasal pindaan dan gunapakai SPP baru berkaitan dengan nilai perolehan...

Semoga para pembaca tak bosan baca catitan aku hari nie...malam karang kalu sempat aku sambung...huhuhu...chow chin chow...

3 comments:

  1. aiyak lupe lak..moga en.hanif hepy n sukses dtempat baru..ramai org rindu en.hanif tauuu...huk3

    ReplyDelete
  2. Ramai org rindu ko dkt sini tau anip hik3x...moga success..nanti aku ikut sama cincow dr UAD wakakaka

    ReplyDelete