Sunday, April 12, 2009

AnUGeRaH BiNtAnG PoPuLaR...

Assalam...

Tak tau lah kenapa hari nie badan2 aku letih sangat...rasa mengantok mataku nie pun ada...maybe sebab kije kot...tadi aku ngan adik serta ibuku pi Langat sebab nak hantar nenek kesayangan aku...hehehe...

Hari nie kami tak singgah duduk beborak seperti biasa sebab hari hujan...lagi pun malam nie nak layan Anugerah Bintang Popular (ABP) di TV3...setakat nie artis pilihan aku banyak yang menang anugerah...especially Nabil dan Fafau...

Tapi yang tak bestnyer pengacara tak bestlah...si syarifah shahira dan adlin...waaaa....aku nak Kak Ogy dan Kak Raja Azura jugak yang jadi pengacara...mereka ni kelakarkan...

ok lah...ABP dah start...aku nak sambung layan jap...kalu sempat aku up-date blog aku...chow chin chowww...

BeRiTa TeRgEmPaR...


Assalam kepada bloggers dan para pembaca blog aku...
Aku just nak ceritakan apa yang aku lalui hari ini (11 April 2009 - Sabtu)...
Jam 9.00 pagi - Aku terjaga dari tidur...tak pernah aku bangun dari tidur seawal hari nie...aku terus membersihkan diriku kerana sekejap lagi aku nak pi ke kedai gunting rambut...ibu aku selalu bisingkan rambut aku yang semakin hari makin panjang...dia kata rupaku nampak berserabai / tidak terurus...aku pun menggagahkan kaki ke kedai berkenaan...
12.00 tengahari - Aku menjamu makanan tengahari yang disediakan oleh ibuku...macam2 lauk yang tersedia di atas meja makan...dengan perut yang lapar berkeroncong mendendangkan lagu ayam (Jalil Hamid), aku pun terus merembat seketul ayam goreng dan menyuap ke dalam mulut...keenakkannya terasa sehingga ke anak tekak...mmmmmm...yummyyyy...tak dapat aku bayangkan bagaimana rasanya...hehehe...

2.00 petang - Aku dan adikku melayan movie dokumentari tentang penyelamat 11 September yang tidak diendahkan oleh Presiden Amerika Syarikat waktu tue (Bush)...bila difikirkan balik kesian plak kat mereka semua kerana kesempitan duit untuk menjalani rawatan yang terbaik...kos perubatan dan insurans yang tinggi membuatkan mereka tidak mampu untuk meneruskan sesi rawatan...so adalah sorang mamat nie (produser filem) yang berhati baik nak menolong mereka nie dengan membawa mereka melihat dan menjalani rawatan di negara jiran iaitu Cuba...punyalah hati mereka semua tersentuh kerana nak dibandingkan kos yang terlibat dan layanan 1st class yang diberikan adalah jauh lebih murah serta terbaik daripada Amerika Syarikat...rakyat diberikan layanan sama rata...tetapi Amerika Syarikat nie plak berikan layanan 1st class kepada tahanan / pengganas2 yang menyerang Amerika termasuk tahanan yang merancang (terlibat serangan meruntuhkan menara berkembar WTC) dalam 11 September...

5.00 petang - Aku menonton movie di HBO (Astro) tentang "Mission To Mars" yang memang menarik dan mendebarkan...aku suka filem sains fiksyen nie...aku menonton bersama-sama ahli keluargaku iaitu adik lelaki dan aweknya...adikku waktu sedang bersiap2 untuk ke majlis kesyukuran atas pernikahan sepupuku kali ke-2...inilah berita tergempar yang aku nak ceritakan kat korang sume...tapi maybe tak detail sangat kot sebab hal peribadi orang kan...tak elok diceritakan di sini...huhuhu...tak sempat nak habis tengok movie tue, adik aku dah ajak pi umah sepupu aku...

7.30 malam - Hujan turun rintik2 di Ampang...aku dan family ku berkejar ke umah nenek ku di Kg.Datuk Keramat untuk mengambil nenek ku dan membawanya ke rumah sepupu ku di Setapak...Sebenarnya kami semua terkejut kerana tiada angin / ribut, tiba2 kami diberitakan tentang pernikahan sepupuku ini...sebenarnya sepupu aku ni dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki...tetapi perkahwinannya yang pertama gagal dan kini dia ingin membina gerbang perkahwinannya dengan lelaki lain...juga member di tempat kerja pakcik aku...nampak sangat dunia ni terlalu kecil...tup2 orang di sekeliling kita gak yang akan menjadi sedara mara baru kita...huhuhu
9.00 malam - Aku bergerak ke umah sepupu ku...sampai jer di sana, kami dapati tiada khemah disediakan...rupa2nya kenduri di buat di dalam umahnya di tingkat satu...kami yang berasakan keadaan ruang umah yang sempit hanya menanti giliran makan di luar umah...apa nak kisah sebab kami ni pun macam tuan umah...biarkanlah orang2 surau yang membacakan doa selamat tue makan dahulu...nanti nampak sangat plak macam kami nie kebuluran...hehehe
11.30 malam - Kami pun bergerak semula ke umah nenek aku kerana nak bincang pasal aktiviti esok harinya...nenek dan makcik aku bercadang nak bersihkan rumah kosong di bahagian belakang umah...keadaan umah tersebut amat kotor dengan lendir air banjir dan najis Cik Ti (tikus2)...aku ingat nak kemas dan ambil buku2 lama aku masa aku belajar di UUM dulu...aku sayang nak buang buku2 berguna tue...paper2 lain yang dah tak pakai aku pesan kat makcik aku jualkan kepada cina yang pungut paper lama...
1.10 pagi - Aku sekeluarga tiba di rumah...letih rasanya malam nie...dan tiba2 aku rasa seronok coz pelajar favourite AF aku dapat pujian daripada pengkritik malam nie...nak tau sape dia?AKIM...aku suka suara dia yang gemersik...sorang lagi pelajar favourite aku sedap gak suaranya...caiyok!caiyok!caiyok!HAFIZ...go...go...go...harap2 diorang berdua akan pergi ke final...
2.53 pagi - Aku sedang baca luahan hati Bro Rhuddy nie...kesian gak kat dia yang tension dibebani dengan tugas kerja...sabar je lah bro...insya'allah semoga tuhan akan balas usaha ikhlas yang kita curahkan...
ok lah...kat bawah nie aku up-load gambar2 yang aku ambil hari nie iaitu sebelum dan semasa majlis kesyukuran / doa selamat diadakan...


Adam, anak sepupu aku...kami sekeluarga jaga dia seperti anak kami sendiri...

Dari kiri : Rina, Acik Yah (Pn. Mazziah), Adam, Ajoi, Julia dan Ibu (Pn.Maznah)

Aku dan sepupu / teman baik (Rini)



Aku dan sepupu / teman rapat (Nor'Ain)

Dari Kiri : Ibu, Ain, Iera, Ekin dan Acik Kursiah

Aku dan anak Ekin, Puteri Batrishah

Adios...chow chin chowww...huahhhhhhh (ngantok...)

Saturday, April 11, 2009

DeBaRaN UAD MeEtInG NgAn DaTuK BaNdAr kUaLa LuMpUr...

Aku nak berkongsi perasaan debaran aku pasal meeting ngan Datuk Bandar Kuala Lumpur pagi tadi...aku tak menghadiri meeting tue tapi Bro Rhuddy bersama-sama Mr.R dan Pn.Rose hadirinya...walaupun aku tidak berkhidmat di UAD lagi namun aku masih mengambil berat tentang apa yang berlaku di UAD kerana aku masih merasakan banyak lagi kerja2 aku yang belyum diselesaikan di UAD selepas aku meninggalkan dan bertukar ke S&P...

Aku menunggu bilakah meeting itu akan habis...sehingga jam menunjukkan jam 1.00 petang...masa nak mula sembahyang jumaat pun dah hampir...dari jam 11.30 pagi aku menunggu tetapi mereka semua belum lagi pulang dari pejabat Datuk Bandar...tiba2 Kak Noi kata UAD pun kena tegur dengan Datuk Bandar...kesian plak aku dengar...

Selepas sembahyang jumaat, aku terserempak ngan Mr.R dan banyaklah perkara yang kami bualkan...then petang tue aku cuba hubungi Bro Rhuddy tetapi setelah aku bertanyakan pada Hyza sama ada Bro Rhuddy free atau sibuk menghadap PC aku tahu yang dia mesti sedang meluahkan perasaannya di blog...kalu korang nak tau apa yang diluahkan...silalah lawati blog beliau...

Aku teringat plak waktu2 kami bersama2 berjuang untuk UAD...memperkasakan UAD...tapi sekarang tinggal Bro Rhuddy dan Mr.R untuk melaksanakan semua itu...Nak jadikan cerita plak...hari nie aku kelam-kabut sikit coz banyak lagi kije yang belum disemak...next week nak kena prepare format borang kewangan untuk Karnival Sukan Badan2 Berkanun...

Oklah...aku dah ngantok nie...aku nak tido dulu...esok aku up-date lagi blog aku ek...chow chin chowww...

Thursday, April 9, 2009

AdUsSs...PeNiNg KePaLaaa...


Assalam kepada para pembaca...

Hari nie aku tak ada banyak perkara nak dikongsikan bersama korang semua...tapi kepala aku hari nie macam nak pitam + bergelegak pun ada...semuanya pasal hal2 yang perlu difikirkan di S&P nie...nak buat keputusan pun teragak2 seperti trademark JAKIM iaitu "Jangan ragu2...Gunakan tanpa Was2..."hehehe...

Aku ditanya oleh staf aku yang semak tuntutan OT staf perumahan nie... (kije2 kecemasan sambung bekalan elektrik PPR yang rosak) staf aku nie buat kije memang tip top...berhati2 sebelum nak potong OT orang lain...staf perumahan nie kije dari jam 5.15 petang sehingga 4 pagi tanpa berhenti...aje gilernya lagu tue...gajah pun ada masa nak pi terberak...makan...dan lain2 yang sewaktu dengannya...huhuhu...

Esok aku kena bincang ngan rakan sekerja aku, Mr.A untuk tetapkan sama ada perlu dipotong atau tidak sebab kalu nak potong takut dia bising dan sue kami plak sebab dia buat kije dan kije dia plak disahkan oleh pegawai dia...tapi dari segi perikemanusiaannya plak dia sanggup buat kije kecemasan semata2 dan tinggalkan anak bini di rumah...kesian dia (4 kali macam lagu P.Ramlee)...hikhikhik...

Petang tadi sempat gak beborak ngan Si Kancil tentang dia...malu plak rasanya nak bercakap tentang orang yang belum tentu nak kan kita...wakakakaka....sajer gurau...siapalah aku ini...(macam lagu tue...huhuhu)...panjang gak perbualan kami termasuklah pasal seminar tentang perubatan islam di bawah anjuran KESEDARAN...

ok lah...esok aku up-date lagi blog aku nie ek...rindu bangat pada staf UAD...hari nie sempat gak jumpa bos aku Pn.Rose...terima kasih puan...terubat jugak rindu di hati nie...hehehe...Chow Chin Chow..."Why So Serious"... ;-P

Tuesday, April 7, 2009

SeLaMaT HaRi LaHiR...

Aku nak ambil kesempatan kat sini untuk wish kat korang semua yang menyambut hari lahir dalam bulan April 2009 ini...HAPPY BIRTHDAY!!! semoga ual dipanjang usia, dimurahkan rezeki nak dianugerahkan kesihatan yang baik...Especially to my x-staf at UAD...rasa2nya pembaca dari UAD tau kan...?tekalah...huhuhu

Today, aku busy sikit di sebelah pagi sebab conduct ISO S&P aku...nasib baik ada Mr.A tolong presentkan...dia master dalam hal2 pembayaran nie...aku masih junior...macam budak baru nak belajar merangkak lah katakan...anyway, tak sangka yang En.Omar (bos aku) nie kelakar gak orangnya..begitu juga En.Mohamad...ada ajer cite yang nak dikongsi di sepanjang taklimat dijalankan...

Tak sempat nak ambil gambar masa present...at least boleh masukkan dalam blog aku nie or untuk dijadikan sebahagian daripada laporan tahunan jabatan...betul (5x)...tak tau lah plak macam mana ngan taklimat ISO di UAD...to Bro Rhuddy sorry banyak2 coz tak sempat nak bantu bagi taklimat sama2...pasal Sistem Pengurusan Pengauditan UAD tu pun tak sempat nak tengok2kan...

oklah...aku letih sangat nie..mata dah nak berpijau dok menghadap laptop / PC daripada pagi tadi..nanti rosak plak mata nie...aku balh dulu...insya'allah ada masa aku up-date entry nanti...chow chin chowww...

p/s:To Bro Rhuddy...gosip liar hang ngan budak dari jabatan... dah tersebar luas kat S&P nie...aku pun tak tau macam mana boleh spread...aku pun tak tau apa2...aku cakap itu hal peribadi orang...aku tak berani ganggu...hehehe

Sunday, April 5, 2009

LuNcH BeRsAmA2 MiNaH UaD Yg SeMpOi...


Assalam to all my visitors...aku nak berkongsi cerita ngan korang sume pasal hal aku semalam di opis...aku terpaksa siapkan slide presentation untuk Taklimat ISO S&P aku sebab nak dibentangkan pada 7-8 April 2009 nie...letih gak lah...tapi dah tanggungjawab...nak buek macam mano...tiba2 terdetik plak kat hati aku nak call UAD...masa mula2 panggilan dijawab, aku suspend gak coz tak kenal suara orang yang menjawab panggilan aku tue...

Aku tanya lah sape yg jawab...rupa2nya si Hyza...dia ngan cik tom sedang siapkan kerja pentadbiran...actually aku tak berniat nak mengganggu, tetapi dah alang2 diorang ada...mestilah aku kena kacau...huhuhu...lepas tue lebih kurang jam 2.15 petang, aku ajak diorang pi lunch sama2...tempatnya biarlah rahsia...hehehe...hanya orang tertentu yang tahu...

Aku teringin sangat nak makan sup...so aku ajak cik tom dan hyza pi satu tempat nie...popular kat kawasan Cheras...meletop beb...hehehe...hyza yang drive kereta dan hyza dan aku plak jadi co-pilot (tapi sesat gak....hehehehuhuhu...) sambil makan tue sempat gak kami mengumpat pasal staf2 UAD dan hal aku masa di UAD dulu...wakakakakak....kami order nasi ayam, nasi goreng ayam dan sup campur meletop...tak sangka gak staf2 aku sempoi dan seronok diajak beborak...wakakakkak.....sesudah makan, kami bergegas balik ke opis...tak sangka petang tue hujan lebat giler...aku dok kat opis sampai jam 6.30 petang...lepas tu hyza call dan bagi tau kat aku yg diorang dah nak balik....aku plak disebabkan sorang2 kat opis pun cabut balik...mana taknya kat opis aku tue kalu ditutupnya lampu semua akan menjadi gelap gelita...seram aku dibuatnya...hihihihiiiii....

Hari nie nasib baik aku dah selesai siapkan slide tue...esok aku akan serahkan pada Kak Lis untuk diprint out buat hand out untuk para peserta...anyway, jumpa esok...chow chin chowww...daaaa......

Thursday, April 2, 2009

LaNgKaWi...OhHh...LaNgKaWi...



Untuk makluman korang semua, aku telah dilantik oleh Datuk Ketua Pengarah DBKL menjadi Penolong Bendahari dalam Sekretariat Karnival Sukan Badan-badan Berkanun bagi DBKL. Bajet yang terlibat lebih kurang setengah juta. So, aku berperanan membantu Bendahari iaitu Dr.Norhayati (Jabatan Kesihatan)...dia menggantikan tempat Bendahari (Kelab Sukan) untuk sementara waktu coz Bendahari telah berpindah kerja dan naik pangkat di Putrajaya.....rezeki dia...

Karnival tu akan berlangsung di Langkawi selama 10 hari bermula 26 April sehingga 5 Mei 2009...Aku tengah kusut nie coz nak tinggalkan opis selama itu...tapi apa nak buat, dah atas arahan Datuk KP...ikutkan je lah...nanti dikatakan kita nie meningkar perintah plak...huhuhu...maybe hari keluarga UAD aku tak dapat join...sedih plak rasanya...waaaaaaaaaa....

Bro Rhuddy, aku nak sangat join korang tapi kalu dah arahan kena pergi, so aku kena turutkan gak...minta maaf banyak2 pada warga UAD ek...apa2 hal kalu ada apa2 perubahan, aku pi ek...sekarang nie aku kena kenalpasti dahulu peranan aku sebagai Penolong Bendahari...aku tak nak nanti aku dipergunakan sebagai pass untuk melepaskan tengkolok masing2...kalu aku kena jaga duit aku akan jaga duit...tapi masalahnya duit tue disalurkan terus ke akaun kelab sukan...macam pengalaman Bro Rhuddy yang lepas semasa audit akaun kelab sukan, rupa2nya kelab merupakan entiti berasingan dan bertanggungjawab sendiri mengurus kewangan mereka...so diorang nie sesuka hati lah belanja ikut diorang...

Tapi semasa meeting ngan TKP En.Zul pada 31 Mac 2009 lepas, aku cakap Datuk Bandar (DB) sekarang memandang serius ke atas kes2 melibatkan salahguna peruntukan/tidak patuh peraturan kewangan...aku kata memang duit tu sumbangan DB tapi perbelanjaan perlu mengikut garis panduan dan peraturan kewangan yang sedia ada untuk mengelakkan tohmahan, untuk kawalan dan sebagainya...alhamdulillah setakat nie diorang dengar pandangan aku...aku kena cuba perlahan2 train diorang bagaimana untuk mengurus duit tue ikut peraturan kewangan dengan betul...otai2 lama..nak ker dengar cakap kiter???

Anyway, hari ni aku didatangi oleh staf lama aku iaitu Mr.R dan Kak Yusni.Pasal Mr.Rnie...ada lah agenda dia...dia banyak gak menasihati aku selepas aku berpindah dari UAD...banyak lah panduan yang berguna untuk aku apply sepanjang berada di S&P nie...pasal kak yusni plak dia nak tanyakan kat aku sama ada aku join Hari Keluarga UAD...dia kata kalu aku tak join...mesti tak best...aku sendiri tak tau...kenapa ramai sangat suka aku bekerja di UAD...maybe disebabkan perwatakan aku yang mudah MESRAAAA....(ala2 tagline bob AF...hehehe)...aku bukannya nak isi dan angkat bakul sendiri...tapi kebanyakkan staf lama aku di UAD masih menyayangi aku lagi...

Petang tadi plak aku dihubungi oleh Pn.Norazita (Akauntan) dari Jabatan Pengurusan Perumahan,DBKL. Pn.Ita minta aku pergi gantikan tempat Nurul Liza di sana.Nurul dapat jawatan tetap di Jabatan Audit Negara. Lagi lah aku sedih coz hilang lah lagi sorang kawan sekerja aku di DBKL nie sebab baru jer nak kenal rapat semasa aku buat audit di JPP. Sebelum nie Surida (member satu U ngan Bro Rhuddy)...then tak tau lah sape lak lepas nie...begitulah resam hidup di dunia...tak semuanya kekal selama-lamanya...begitu juga dengan nyawa kiter...

oklah...aku nak balik nie...tadi si wan JTMK datang beborak ngan aku...dia nak sangat tengok blog aku...kepada member2 yang link kan blog dia ngan aku tuea...sory ek...dia dah siap salin alamat blog aku dah...paham2 jelah...takut2 / risau ada member2 yang tidak senang kalu blog mereka dilawati orang yang tidak dikenali tanpa kebenaran masing2...adiosss...chow chin chow...