Thursday, April 2, 2009

LaNgKaWi...OhHh...LaNgKaWi...



Untuk makluman korang semua, aku telah dilantik oleh Datuk Ketua Pengarah DBKL menjadi Penolong Bendahari dalam Sekretariat Karnival Sukan Badan-badan Berkanun bagi DBKL. Bajet yang terlibat lebih kurang setengah juta. So, aku berperanan membantu Bendahari iaitu Dr.Norhayati (Jabatan Kesihatan)...dia menggantikan tempat Bendahari (Kelab Sukan) untuk sementara waktu coz Bendahari telah berpindah kerja dan naik pangkat di Putrajaya.....rezeki dia...

Karnival tu akan berlangsung di Langkawi selama 10 hari bermula 26 April sehingga 5 Mei 2009...Aku tengah kusut nie coz nak tinggalkan opis selama itu...tapi apa nak buat, dah atas arahan Datuk KP...ikutkan je lah...nanti dikatakan kita nie meningkar perintah plak...huhuhu...maybe hari keluarga UAD aku tak dapat join...sedih plak rasanya...waaaaaaaaaa....

Bro Rhuddy, aku nak sangat join korang tapi kalu dah arahan kena pergi, so aku kena turutkan gak...minta maaf banyak2 pada warga UAD ek...apa2 hal kalu ada apa2 perubahan, aku pi ek...sekarang nie aku kena kenalpasti dahulu peranan aku sebagai Penolong Bendahari...aku tak nak nanti aku dipergunakan sebagai pass untuk melepaskan tengkolok masing2...kalu aku kena jaga duit aku akan jaga duit...tapi masalahnya duit tue disalurkan terus ke akaun kelab sukan...macam pengalaman Bro Rhuddy yang lepas semasa audit akaun kelab sukan, rupa2nya kelab merupakan entiti berasingan dan bertanggungjawab sendiri mengurus kewangan mereka...so diorang nie sesuka hati lah belanja ikut diorang...

Tapi semasa meeting ngan TKP En.Zul pada 31 Mac 2009 lepas, aku cakap Datuk Bandar (DB) sekarang memandang serius ke atas kes2 melibatkan salahguna peruntukan/tidak patuh peraturan kewangan...aku kata memang duit tu sumbangan DB tapi perbelanjaan perlu mengikut garis panduan dan peraturan kewangan yang sedia ada untuk mengelakkan tohmahan, untuk kawalan dan sebagainya...alhamdulillah setakat nie diorang dengar pandangan aku...aku kena cuba perlahan2 train diorang bagaimana untuk mengurus duit tue ikut peraturan kewangan dengan betul...otai2 lama..nak ker dengar cakap kiter???

Anyway, hari ni aku didatangi oleh staf lama aku iaitu Mr.R dan Kak Yusni.Pasal Mr.Rnie...ada lah agenda dia...dia banyak gak menasihati aku selepas aku berpindah dari UAD...banyak lah panduan yang berguna untuk aku apply sepanjang berada di S&P nie...pasal kak yusni plak dia nak tanyakan kat aku sama ada aku join Hari Keluarga UAD...dia kata kalu aku tak join...mesti tak best...aku sendiri tak tau...kenapa ramai sangat suka aku bekerja di UAD...maybe disebabkan perwatakan aku yang mudah MESRAAAA....(ala2 tagline bob AF...hehehe)...aku bukannya nak isi dan angkat bakul sendiri...tapi kebanyakkan staf lama aku di UAD masih menyayangi aku lagi...

Petang tadi plak aku dihubungi oleh Pn.Norazita (Akauntan) dari Jabatan Pengurusan Perumahan,DBKL. Pn.Ita minta aku pergi gantikan tempat Nurul Liza di sana.Nurul dapat jawatan tetap di Jabatan Audit Negara. Lagi lah aku sedih coz hilang lah lagi sorang kawan sekerja aku di DBKL nie sebab baru jer nak kenal rapat semasa aku buat audit di JPP. Sebelum nie Surida (member satu U ngan Bro Rhuddy)...then tak tau lah sape lak lepas nie...begitulah resam hidup di dunia...tak semuanya kekal selama-lamanya...begitu juga dengan nyawa kiter...

oklah...aku nak balik nie...tadi si wan JTMK datang beborak ngan aku...dia nak sangat tengok blog aku...kepada member2 yang link kan blog dia ngan aku tuea...sory ek...dia dah siap salin alamat blog aku dah...paham2 jelah...takut2 / risau ada member2 yang tidak senang kalu blog mereka dilawati orang yang tidak dikenali tanpa kebenaran masing2...adiosss...chow chin chow...

2 comments:

  1. huhu..en.hanif x join x besh la nnt ..huhu..lagi btmbah sedey staff UAD yg mharap en.hanif tuk g family day tuh..huhu..tp keje kn nk wat cm ner..apa3 pn gud luck n tahniah la sbb dberi kpcyaan jadi penolong bdnri ekh..huk3..syabas3..hek4

    ReplyDelete
  2. aku faham arenip...apa pun kije lebih penting wokeyyy.....ko tetap di hati kami hehehe

    ReplyDelete