Thursday, July 14, 2011

Aura Basikal Fixie @ Pixie...???

Betul ker org kata yg basikal fixie @ pixie ni best giler? Aku rasa MyVi "Lagi Best" yg best kot...hehehe...entah lah...adik2 sepupu aku semuanya dah beli basikal tur...bawa ke hulu ke hilir... ke sana ke sini...tayang kat semua org yg mereka pun mampu beli...berapa harganya ek? Sebuah RM500!!!

Ni antara gambar basikal yg dorg dok giler2 kan...


Rieney Punyer...


Rina...Brazil color!!! Cantek punyer...

Tuesday, March 29, 2011

Sakit kaki + Cirit-birit


Sakit perut sebab makan banyak cili kot...


Punca tapak kaki...???

Assalammualaikum...

Aku rasa dua hari ini aku terpaksa berehat kat rumah sebab kesakitan yang terpaksa aku tanggung iaitu sakit kaki (sengal2 plus sakit pinggang belakang) dan cirit-birit...

Xper...insya'allah lepas makan ubat dan banyak berehat aku akan masuk semula opis esok...mulakan hidup barumu

Lepas ni pening kepala pulak nak pikirkan cara nak settlekan bil2 yg wajib plak...sume org mesti alami apa yang aku hadapi ini...tapi setiap orang pasti akan memikirkan cara masing2 untuk menyelesaikan nya...





Oklah...c u next time...

Daaaaaaaa.....

Saturday, March 26, 2011

Pertandingan Tenpin Bowling BKSS Unit Audit Dalam Sesi 2010/2011

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Actually hari nie aku berasa seronok sangat coz selesai menjalankan acara pertandingan bowling untuk unit aku bekerja. Sebanyak 10 kumpulan yang menyertai pertandingan ini.Tak sangka pulak pertandingan pada hari ini mendapat penyertaan yang memberangsangkan. Mostly staf2 aku enjoy dengan acara yang dijalankan. Semoga aktiviti seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan. So, di sini aku sertakan sekali gambar2 yang diambil di sana. Enjoy!!!

Tarikh : 26 Mac 2011
Masa : 3.00 hingga 6.00 petang
Lokasi : i-Bowl Brem Mall, Kepong



KELUARGA UNIT AUDIT DALAM


JUMLAH MARKAH UNTUK GAME YANG KE-3


NASRIM (BERBAJU BIRU) TENGAH AMBIL BOLA...CAYOK3X!!!


FAEZAH DAN FAIZAL (SUAMI) SIBUK MELAYAN KARENAH ANAK2...HEHEHE


ZIANA BERLALU PERGI...


SEKALI LAGI ZIANA MENCUBA UNTUK STRIKE...


NASRIM MENUNJUKKAN SKILNYA...SEHINGGA MENDAPAT STRIKE!!!


ZURAINI...GAYA SEORANG JUARA


KUMPULAN EN.AZMAN MD.NOH


AELY...KAKAK JUNE BERAKSI


KAK SHIMAH (BERBAJU BIRU) TAK SABAR MENUNGGU UNTUK MEMBUAT BALINGAN BOLA


KUMPULAN MASING2 SIBUK MENGATUR STRATEGI UNTUK MENANG


KAK SHIMAH BERAKSI


JUMLAH MARKAH KUMPULAN AKU UNTUK GAME YANG KE-2


JUMLAH MARKAH KUMPULAN AKU UNTUK GAME YANG PERTAMA


SESI BERGAMBAR DI AKHIR ACARA...MERIAH!!!


TERIMA KASIH...SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI!!!

Friday, March 25, 2011

PERLAKSANAAN 5S DI JABATAN



Assalammualaikum...

Anyway today aku just nak berkongsi pengalaman aku dalam menjalankan satu aktiviti pengemasan dan penyusunan TERHEBAT yang ditiru dari JEPUN...korang pernah dengar tak pasal 5S??? Ok...rasanya lebih baik aku jelaskan apa itu 5S:-

1. SISIH
2. SUSUN
3. SAPU
4. SERAGAM
5. SENTIASA AMAL

Itulah maksudnya...selepas melihat jabatan2 lain yang berjaya melaksanakan 5S, aku merasa seronok dan teruja pulak untuk melaksanakannya di jabatan aku...tapi dengan keluasan pejabat aku yang sedia ada sukar juga untuk melaksanakannya...Insya'allah, akan aku sahut juga cabaran daripada arahan Pengurusan Tertinggi...at least aku mencuba dan berusaha untuk menjadikan pejabat aku lebih kemas dan tersusun.

So, aktiviti ini sebenarnya boleh dilakukan di rumah kita sendiri...rumah kita akan kelihatan sentiasa kemas sepanjang masa...tapi kalu dah ada anak kecil tur, pandai2 je lah ek...huhuhu...adiosssss

Saturday, February 12, 2011

Tugasan Hujung Minggu...

Salam...

Actually aku nak berkongsi aktiviti aku hari ini ngan korang...pagi2 lg jam 7.00 aku bingkas bangun dari tidur lenaku dan selimut manjaku...pg tadi aku ada tugas yg perlu aku laksanakan (kije pejabat)...jam 1.00 ptg baru selesai...letih gak...pg td masa aku bersarapan dgn staf aku di sesebuah pusat penjaja bdr tun razak, tiba2 terdengar raungan seorg wanita menangis teresak2 selepas menerima satu panggilan...pd mulanya aku x phm mengapa...akhirnya seseorang di situ bg tau kat aku yg anak beliau meninggal dunia...

Aku x dpt bayangkan bagaimana dgn aku sekiranya berada di tempatnya...sedang menikmati sarapan pg dgn rakan2 dgn seronok, tiba2 menerima panggilan tersebut...itulah...ajal maut dtg tanpa diketahui oleh kita...insaf dan sedih...

Esok aku akan sambung tugasan lagi...ni tgh lyn movie hindustan feveret aku..."Dil To Pagal Hai"!!!

C uols next time...daaaaaa v(^_^)v

Wednesday, January 12, 2011

Tahun Sakit Agaknya...

Salam teman2...

Aku just nak berkongsi dengan korang sume tentang kesihatan aku yang aku rasa tahun ni kerap sakit dan kerap ambil cuti...entah kenapa macam2 penyakit melanda diri ini...cewahhhhh

Setakat hari ini untuk bulan Januari 2011 sahaja aku terpaksa ambil 2 kali EL, 3 hari MC dan 1 hari Cuti Rehat. Antara sebab2 aku ambil ambil cuti dan MC ialah:-

1. Demam.
2. Migrain.
3. Selsema.
4. Pening kepala (makan daging kambing kot...)
5. Sakit belakang.
5. Emak kurang sihat dan medical check up.
6. Temankan nenek aku medical check up.

Hari nie jer aku dapat MC 2 hari sebab demam, selsema (hidung tersumbat) dan pening kepala...

Ok lah...aku nak check FB dulu...lepas tu sambung rehat lepas makan ubat. Hopefully korang rajin2 komen blog aku ini...terima kasih banyak2 atas sokongan korang...adiosssss...Jumaat ni sambung kije yang berlambak kat opis...aduyaiiiii

Sunday, December 5, 2010

Tahun Baru 2011!!!

Assalammualaikum...

Kepada semua pembaca blogku, aku memohon maaf sekali lagi kerana dah terlalu lama agaknya aku meninggalkan blog aku nie...anyway sebenarnya aku x ke mana...aku cuma busy ngan FB sejak dah join...

Baru tadi aku, ibuku, Ery, Iera dan adik iparku (Tommy)balik dari tengok movie Ngangkong kat Galaxie...best giler...kelakar dan lawak fresh...aku suggest kan korang pi nonton movie tu...rugi kalu x nonton...kalu nak relax dan santaikan otak korang tue, bolehlah...

Tak lama lagi tahun baru akan menjelma...aku x tau lah apa azam aku bagi tahun baru nanti...anyway aku harap tahun baru nanti, harap2 aku akan ditetapkan status perjawatan ku daripada KONTRAK kepada TETAP...amin...doakan untuk aku ye kawan2...

Ok lah...kalu ada apa2 citer terbaru atau perkembangan diriku ini akan aku coretkan di dalam blog ku ini...aku rindu sangat saat2 mencoret diariku ini...esok pagi aku kena bagi ceramah kursus kepada beberapa pegawai penguatkuasa berkaitan dengan Pengurusan Kewangan di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak...ok lah...sampai jumpa lagi di lain lebaran...daaaaaaa

Sunday, June 13, 2010

Majlis Pernikahan Adikku Nashirah...







Pada 30 April 2010, adik aku telah diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya iaitu Noorimy @ Tommy/Along. Sebak gak masa dengar Tok Kadi melafazkan "Aku nikahkan dikau...". Actually aku sayang sangat adik aku sorang nie. Kami adik-beradik tak ramai. Hanya aku, Iera dan Ery. Lepas Iera pi tinggal bersama suaminya, aku terasa sunyi gak...tapi sedikit demi sedikit aku dapat biasakan diri...

Alhamdulillah...kini semuanya dah ok. Tinggal hari persandingan adik aku pada 19 Jun 2010 (Kg. Datuk Keramat) ini dan 3 Julai 2010 (Bukit Brendi, Pahang). Kepada semua kenalan member2 yang mengenali diri aku, dijemput datang ke Majlis Persandingan adik aku. Alamat lokasi ada kat dalam Facebook aku di http://www.facebook.com/arenip81

Kat sini aku attachkan sedikit gambar-gambar masa hari pernikahan adik aku di Masjid Kg. Datuk Keramat. Meriah sungguh dengan kehadiran keluarga sebelah perempuan dan lelaki. Terharu sangat. Harap kepada sesiapa yang tidak dijemput pada waktu itu, tidak terasa. So sorry...

Tuesday, January 5, 2010

Suasana Di Malam Ambang Tahun Baru 2010!!!

Kat sini aku just nak kongsi bersama2 korang semua picture yg aku ambil semasa malam tahun baru. Berikut adalah maklumat pada malam aktiviti tersebut:-

Tarikh:31 Disember 2009
Masa :9.00 malam hingga 2.00 pagi (1 Januari 2010)
Lokasi:Kampung Datuk Keramat
Tema :Santai

Walaupun sambutan tak semeriah mana, tapi aku berbangga coz akhirnya setelH merancang hampir 3 tahun, baru tercapai nak buat barbeku malam tue sempena menyambut tahun baru...terharu aku...

Kemaskini pada 13 Jun 2010:Sory kat korang sume sebab tak dapat up-load gambar2 aku nie...ada beberapa kesilapan teknikal yang tak dapat dielakkan.kalu aku jumpa pic2 tue aku akan attach kat sini.

Monday, January 4, 2010

Tahun Baru 2010!!!

Salam tahun baru diucapkan kepada semua pembaca blog aku nie..semoga azam Dan cita2 yg dirancang akan tercapai pd tahun ini..actuAlly aku x dapat nak Coret pjg2 kat dlm blog Pada hari Nie..coz aku tgh rushing nak balik temankan mak aku beli brg dapur..maklumlah dah awal2 bulan nie semuanya kering..tiap2 cuti hujung minggu mesti makan di luar.. Bilalah agaknya dapur tu nak berasap.. Hehehe... Anyway jUmpa lg esok..assalam..byeeeeee

Wednesday, November 25, 2009

LuSa RaYa!!!

Assalam...aku rasa macam kekok plak biler nak up-date blog aku hari nie...maklumlah dah lama beno...tak up-date...anyway sepanjang tiga hari nie bermula dari 23 hingga 25 November 2009 aku dan azizul free sikit lah...so dapatlah berbincang tentang hal di bahagian semakan dan pembayaran...bos aku pergi meeting 3 hari di Labuan, Sabah...Fuhhh...legaaa...tapi yang best part is...tiba2 bos aku menjelma di bahagian kami dalam jam 5.00 petang...dia baru balik dari Labuan lah tur...

Aku ngan azizul pun buat2 terperanjat lah...sedangkan azizul dah lama tahu yang bos aku nie dah sampai dalam tengahari tadi kat sini...hampehhh...aku jer yang tak tahu...anyway nak jadi kan cerita waktu aku sedang berbincang pasal hal semakan tiket-tiket tandas...bos plak tiba2 tanya kat kami apa yang sedang kami bincangkan...

Tapi kadang2 aku terharu gak ngan sikap bos yang turun padang tengok anak2 buah dia buat apa di opis...macam bos aku lagi satu nie plak jarang turun...dalam setahun maybe 2 kali kot sepanjang aku berada di sini...maybe itu kaedah masing2 kan???yang penting apa yang bos aku arahkan aku dapat buat dan sediakan dalam tempoh yang dikehendaki...

Nie dah nak masuk tahun baru, kami sibuk ngan Final Account...banyak gak pelarasan yang nak kena buat pada akaun...pening gak kalu tak paham...tapi insya'allah, kalu tuhan izinkan aku dapat belajar ngan cepat dari sifu aku iaitu azizul...

ok lah...aku nak gerak dah nie...harap2 aku dapat up-date lagi blog aku esok plak...takut2 nak dekat raya haji nie macam 2plak benda yang diminta bos aku tue...harap2 takdak lah...

aku akan up-date gambar2 terbaru aku ek dalam beberapa minggu yang lepas...see yaaa...daaaa...

Saturday, October 17, 2009

iPhone 3Gs!!!

Assalam...

Apa habaq semua kepada pembaca blog aku...actually aku just nak kongsi pengalaman aku tentang penggunaan iPhone 3Gs yg baru aku beli semalam (15/10/2009) di Maxis Centre,KLCC.memang best pun guna iPhone ni...yg bestnyer korang dapat melayari Internet dengan pantas dan paparannya pun menarik...

Cuma terdapat kekurangan sikit iaitu No Video Call, video kena download Dari PC Mac sendiri @ layari website iTunes...dan akhir sekali,cepat makan bateri!!! Ni masa aku Taip nie pun guna iPhone...walaupun payah sikit sebab takdak fizikal keyboard (Hanya touch screen) aku tetap mencuba...nanti lama2 biasalah...hehehe...

Oklah..dah ngantok nie...nak tido dulu.esok aku sambung lagi biler masa free...huhuhu

Wednesday, October 7, 2009

MaJLiS HaRi RaYa DBKL 2009...

Assalam semua...

Actually hari nie aku just citer pasal semalam punyer cerita...DBKL mengadakan Perhimpunan Bulanan Bersama Menteri Wilayah Persekutuan dan Majlis Hari Raya 2009...Meriah sungguh majlis tersebut...ramai gak artis yang dijemput untuk mengadakan persembahan...Dalam kesibukan mendapatkan makanan, tiba2 aku dan member aku sorang lagi iaitu Ijan terserempak dengan artis popular...mereka adalah Aizat AF dan Dina...aku pun apa lagi...mulalah ambil kesempatan yang ada mohon diorang berdua bergambar ngan aku...yang hangat nyer posing Dina waktu Dina bergambar ngan aku...nahh...tengok kat bawah nie...


Aku dan Dina...siap posing ala2 manja gituuu...huhuhu...


Aku dan Aizat AF...harap2 member kat luar sana jangan ada plak menggigit jari...hehehe

So, kepada semua member yang ada gambar2 bersama dengan artis tue...send lah kat aku...aku suka kumpulkan gambar2 member...

Ok lah...dah mengantuk nie...aku undur diri dulu...jumpa lagi esok...kamera buat hal plak...ingatkan malam nie nak up-load gamabr2 masa raya dan majlis perkahwinan abang saudara aku...kami memang rapat sejak kecil lagi...tahniah buat abang saudara aku...akhirnya dia berjaya mengakhiri zaman bujangnya...aku bila lah lagi agaknya...sudikah si dia menerima aku ini seorang insang yang serba kekurangan...???

Tuesday, September 29, 2009

ReUnIoN X-SMKPT

Assalam...

Apa citer hari raya korang sume?Aku macam biasa lah beraya di ibukota...tapi meriah gak lah...dengan suku-sakat pakat mai umah nenek aku di keramat...nasib baik lah umah nenek aku tu siap dinaiktaraf sebelum raya...so dapatlah kami semua lepak2 kat ketiga2 rumah yang ada dalam kawasan lot tue...

nanti aku tunjukkan gambar2 sebelum beraya dan semasa beraya...anyway, today aku nak berkongsi perasaan gembira aku sebab akhirnya blog x-smkpt yang aku nanti2kan telah diwujudkan oleh member lama2 gak...dapatlah aku mengikuti perkembangan member sekolah lama...dah lama tak dengar berita...tup2 dah berkahwin...dah ada pun ada...

sebenarnya member sekolah lama lah yang paling rapat ngan kita coz ada member yang aku kenal daripada sekolah rendah lagi...punyalah lama kami berkawan...cuma selepas SPM kami membawa haluan masing2...tapi dunia ni kecik kan...aku berjumpa ngan member lama seperti Rashid@acik, Iskandar, Rahmah, Ainol dan lain2...

maybe dengan adanya blog nie dapatlah aku berhubung (nak tambah connection) ngan diorang sume...ok lah...aku nak sambung kije sikit...kepada member2 lain...sudi2 lah lawat blog aku nie lepas dah dapat alamat kat blog x-smkpt tue...hehehe...rugi kalu tak baca...ahaks...

kat bawah nie gambar2 sebelum raya...gambar di sepanjang tempoh beraya nanti aku up-load...tak sempat dah nie...

Birthday Party anak sepupu aku (Ekin)...Dari kiri Atikah, Putri Batrisyah dan Aku...

Hari Keluarga Bahagian Semakan dan Pembayaran di Eagle Ranch Resort, Port Dickson...Dari Kiri Ibu, Aku, Ery dan Dayah (awek Ery)...

Di Hari Majlis Pertunangan adik perempuan aku iaitu Nashirah (Iera)...Dari Kiri Iera, Ema, Ibu, adik & kakak (anak Kak Shimah), Kak Shimah @ Noy, Iri @ Bro Rhuddy dan Aku...

Tambah Ahli Keluarga Baru...Dari kiri Ibu, Najwa & Farah (barisan hadapan @ budak comel), Iera, Along (tunang Iera) dan Aku...

Lovely sibling...Iera dan Aku...

Friday, September 18, 2009

MeNjELaNg AiDiLfItRi...

Selamat Hari Raya...
Kepada saudara serta saudari...
Setahun hanya sekali...
Merayakan hari yang mulia ini...


Korang semua mesti dah biasa dengan lirik lagu nie kan??Anyway aku just nak maklumkan kat korang maybe dalam seminggu yang akan datang aku lewat atau tidak langsung meng up-date blog aku...aku tinggal di rumah nenek aku di kampung datuk keramat...adik aku balik kampung sebelah tunang dia di pahang...so aku dan mak aku tinggal di keramat lah...kat KL jer...sedih gak...

Hari nie aku seronok sangat coz dapat SMS dari bos aku iaitu Timbalan Bendahari (Pentadbiran) dan Bendahari Bandaraya dengan ucapan hari raya...tak sangka diorang nie sporting gak...hehehe...hilang plak tension pasal kena siapkan bajet perjawatan 2010 yang sepatutnya disiapkan oleh seorang akauntan sebelum hari raya ini...tak perlu lah aku mention nama dia dalam blog nie...biarlah rahsia...at least semangat tolong - menolong sesama kawan tu masih utuh lagi...

Ok lah...bos aku bagi kebenaran balik jam 3.30 petang...aku sempat gak shopping sekejap tadi kat jalan TAR...beli barang keperluan sikit...lepas sembahyang Jumaat aku pun terus singgah di KAMDAR dan MYDIN...kelam-kabut sikit hari nie coz ada payment nak kena siapkan...berjuta-juta plak tur...

Kepada mereka yang pulang ke kampung,aku doakan semoga korang semua selamat pulang ke kampung dan selamat kembali ke KL...jangan lupa ole2...hehehe...Insya'allah kalu aku buat Open House, aku akan jemput korang semua...tengok bajet dulu lah...ahaiii...

See ya... sooonnn...chan chin chow...daaaaa

Thursday, September 17, 2009

SeSaK Di HeNtIaN ChAn SoW LiN...Is It DiSaStEr???

Assalam...


Actually hari nie aku nak berkongsi ngan korang semua pasal pengalaman pertama aku dengan LRT PUTRA/STAR (Rapid KL)...aku rasa korang pun dah tahu kot...cuma aku nak highlight kat korang bagaimana suasana kat situ masa tren stuck...

Anyway seperti biasa aku keluar dari rumah lebih kurang dalam pukul 7.20 pagi...then aku tiba di stesen Ampang dalam jam 7.35pagi...biasalah 15 minit diperlukan untuk menunggu lif di rumah untuk turun dan tersepit dalam kesesakan jalanraya...hehehe...

Then aku pun berlari2 anak seperti orang bersai'e....nak dijadikan cerita tiba2 kedengaran satu pengumuman bahawa perjalanan tren terhenti setakat stesen Bandaraya sahaja...sesiapa yang hendak ke KL perlu menaiki tren lain di Chan Sow Lin...dalam keadaan terpinga2 aku pun buat tak kisah...sampai sahaja di stesen Chan Sow Lin, aku terkezut beruk...lebih kurang seperti gambar di bawah nie...



Nasib baik pakcik takdak sakit jantung...then aku pun bergegas lah keluar dari tren setibanya di Chan Sow Lin...masya'allah,ramai betul manusia berhimpun di situ untuk mendapatkan tren ke Bandaraya...aku pun seperti mati akal kerana first time mengalaminya...nak naik bas tak tau nombor apenyer plak...so aku pun menunggu lah seperti mereka yang berada di situ...nahhh...korang nilailah sendiri bagaimana betapa sesaknya manusia di situ pada hari tur...hanya tuhan sajer yang tahu...





Tuesday, September 15, 2009

SaGuHaTi!!!

Assalam...

Actually korang sumer mesti terpinga2 kan dan berfikir apa kaitan nya tajuk N3 aku kali ini dengan life aku...Memang ada kena mengena...dengan yang hidup sahaja...hehehe...sebenarnya kami di bahagian pembayaran nie tengah pening kepala sebab nak bayar saguhati (1/2 dahulu) kepada kepada semua staf...bayangkan lah nak semak akaun masing semuanya 10,240 akaun...nak terkeluar biji mata nie...




"Macam di dalam gambar nie lebih kurang figure yang nak disemak...adusss...fening..."

Tapi bila dah sampai ke peringkat Akauntan, aku ngan Mr.Azizul cuma verify jer...tapi kesian gak kat azizul coz bersuash-payah memikirkan cara nak set dalam sistem S.A.P

pening2...anyway, semalam dan hari nie aku busy ngan meeting...pernah tak korang hadiri meeting dari jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang tanpa henti lebih2 lagi di bulan puasa...semalam aku mengalaminya buat pertama kali...adusss...pening dan letih...capek gue dibuatnya...


"Lebih kurang beginilah aku dan azizul bertungkus-lumus demi staf...sampai ke petang menghadap komputer...cewahhh...tapi bukan pasal kad kredit lah...itu cuma gambar contoh...ahaks..."

Malam nie aku berbuka di rumah Bandar Baru Ampang...tak tau lah sama ada sempat ke tidak macam 2 minggu yang lepas...tak sabar aku menunggu ketibaan syawal...dah banyak belanja yang aku buat untuk perispaan tetapi ala2 kadar jer...

Lepas raya nie aku nak buli staf lama aku plak suruh diorang belanja aku sebab masing2 dah dapat saguhati...kalu diorang sudi ler...aku tak kisah...sajer jer bergurau ngan diorang...dah lama tak jumpa...rindu plak kan...

Ok lah...esok ada 2 batch payment EFT nak di verify...esok gak nak verify 10ribu akaun bagi bayaran saguhati tur....wahhhh....nampak gaya nyer beraya lah aku kat opis tahun nie...hehehe...huhuhu...

Chow...Chin...Chow...daaaaa...

Wednesday, September 9, 2009

PeMbAhArUaN RuMaH PuSaKa NeNeK AkU Di KamPunG DaTuK KeRaMaT...

Assalam...

Actually aku nak berkongsi cerita dengan korang semua pasal betapa happynya hati nenek aku dan aku sekali sebab akhirnya impian nenek aku tercapai untuk melihat rumahnya kelihatan baru pada Hari Raya tahun ini...sedih gak pada awalnya sebab anak2nya yang ada seramai 13 orang tak dapat membantu disebabkan masing2 ada komitmen masing2...

Keadaan rumah nenek aku dah teruk...maklumlah usia rumah tersebut sama dengan umur emak aku iaitu 52 Tahun (1957)...bayangkan betapa usangnya rumah berkenaan...lebih kurang macam gambar kat bawah nie...



Aku mendapatkan khidmat jiran aku yang berasal daripada Tanah Seberang iaitu saudara ANTO...Kos yang diambil untuk menyiapkan rumah nenek aku secantik dan sekemas sekarang tidaklah terlalu banyak jika hendak dibandingkan dengan kos bahan binaan yang makin naik / mahal sekarang...upah yang diambil oleh ANTO pulak ialah lebih rendah berbanding dengan kos upas pekerja binaan di tapak projek...aku telah diamanahkan oleh nenek aku untuk menyelia perjalanan projek...dengan menggunakan duit aku sendiri, aku telah membelanjakan hampir RM23,000.00 setakat September 2009 untuk menampung kos binaan tersebut termasuk upah...

Hasilnya rumah nenek aku dinaiktaraf sehingga ada mata yang menjeling dan bersa cembur melihat kekemasan kerja dan kecantikan rumah baru nenek aku yang bertransformasi seperti di bawah....tapi tak lah semewah gambar di bawah...hehehe....




Ok lah...harap2 lepas nie nenek aku berpuas hati dengan apa yang aku telah buat...tak kisah lah nenek aku nak bayar bila2 masa...just nak membalas jasa nenek aku yang bersusah payah membantu emak aku membesarkan aku sehingga berjaya dan menjadi manusia yang berguna sehingga ke hari ini...

Terima kasih wan...ibu...jasa kamu tidak dapat aku balas...

Thursday, August 27, 2009

HaRi Ke-EnAm BeRpUaSa...

Assalam...Sesungguhnya aku sangat bersyukur dalam menjalani puasa di bulan Ramadhan pada tahun ini kerana dugaan-Nya tidak terlalu berat...Aku bersyukur kerana cuaca di sepanjang enam hari berpuasa tidaklah sepanas hari2 sebelum ramadhan...alhamdulillah...

Hari ini aku berbuka di dalam teksi sahaja...nasib baik aku dah standby ngan air soya yang aku beli di kiosk di perhentian bas di hadapan bangunan PKNS...first time beb...sedih gak sebab tak sempat berbuka ngan family aku kat umah di Bandar Baru Ampang...hehehe...

Hari ini mak aku sediakan lauk spesel...sedap sehingga menjilat kaki...huhuhu...Ikan Cencaru Goreng Disumbat ngan isi kelapa goreng, Sayur Sawi campur daging ayam, Sambal tempe + kentang dan Air Teh Ais...yummy...aku makan sambil ditemani oleh adik pompuan aku iaitu Iera...mak aku dah makan awal2...

Maybe esok aku kena balik awal sikit coz ada jemputan dari duai / bakal suami adik pompuan aku...segan plak nak berbka di rumah orang...tapi aku dah rapat ngan keluarga sana...hehehe...

Ok lah...aku nak sambung kije sikit...esok aku akan ceritakan benda yang best sikit kalu ada...chow chin chow...

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN...

Assalam...terasa seperti setahun lamanya aku dah menjenguk ke blog aku nie...aku ingin berkongsi bersama korang semua tentang hari2 yang aku lalui seharian tetapi masa tak mengizinkan jari aku untuk mengukir coretan di dalam blog ini...alhamdulillah kerana hari ini aku berjaya juga mengemaskini blog ini...

Ok lah...untuk makluman korang, semalam aku telah meluangkan masa makan tengahari bersama teman2 dari Unit Audit Dalam...macam2 cerita yang kami borakkan...kelakar pun ada...seronok sangat kerana dah lama ak meluangkan masa seperti itu...tapi sayang kerana Iri tak dapat join coz dia ada hal...

Tak lama lagi ramadhan bakal menjengah kita semua...tahun nie harap2 godaan dan cabaran berpuasa tidak sehebat tahun2 lepas...paham2 je lah...hehehe...ok lah...jumpa lagi di lain coretan...maybe dalam bulan ramadhan pasti ada cerita2 menarik yang aku akan kongsi bersama ngan korang semua...daaa...